Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kejam! Ibu Dera Bayi Lelaki Usia 12 Bulan Hingga Koma Selepas Mengalami Pendarahan Otak Akibat Pukulan.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kejam! Ibu Dera Bayi Lelaki Usia 12 Bulan Hingga Koma Selepas Mengalami Pendarahan Otak Akibat Pukulan..


KEPALA BATAS : Seorang ibu muda ditahan selepas dipercayai mendera anak lelakinya yang berusia setahun hingga mengakibatkan bayi itu koma di rumah mereka di Paya Lahar Kepah, Kepala Batas, Rabu lalu lapor astro awani.
Kejadian itu disedari pihak Hospital Kepala Batas (HKB) yang merawat bayi malang berkenaan dan mengesan pendarahan otak.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata siasatan awal pihaknya mendapati bayi berkenaan mempunyai kesan lebam di badan, dahi serta pipi.
Berikutan itu, polis menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 26 tahun, yang juga ibu kanak- kanak itu Khamis lalu bagi membantu siasatan.
"Suspek sebelum itu memaklumkan anaknya terjatuh kira-kira jam 4.30 petang, Rabu lalu mengakibatkan dahinya lebam akibat terhantuk di lantai ruang tamu ketika bermain," katanya.

Bapa mangsa kemudiannya membawa kanak-kanak itu ke HKB dan doktor yang melakukan pemeriksaan mengesyaki mangsa didera.
Suspek yang dikatakan mempunyai masalah mental, direman 14 hari hingga 6 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Katanya doktor yang merawat mangsa mendapati kanak-kanak itu tiba di hospital dalam keadaan mata tertutup, tiada percakapan dan pergerakan serta disyaki mengalami pendarahan dalam otak.
Noorzainy berkata pemeriksaan juga mendapati terdapat beberapa kesan lebam lama dan baharu di bahagian badan kanak-kanak itu antaranya di dada, kaki kiri dan bawah mata.

“Menurut doktor pakar kanak-kanak di HKB, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala disyaki mengalami pendarahan di otak akibat impak kuat daripada sesuatu objek tumpul di dahi dan juga di pipi kanannya.
“Doktor berpendapat kecederaan yang wujud termasuk banyak kesan lebam yang berlainan warna di badan mangsa adalah disengajakan bukan akibat kemalangan,” katanya.
Katanya mangsa yang dalam keadaan koma dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut dan dilaporkan masih belum sedarkan diri.
Beliau berkata siasatan awal daripada jiran mereka mendakwa wanita itu selalu memukul anaknya dan berkelakuan pelik jika suaminya tiada di rumah.
Berikutan itu, polis menahan ibu kanak-kanak berkenaan dan pemeriksaan juga mendapati dia dan anaknya yang menggunakan pasport Indonesia telah tamat tempoh visa, katanya. 
Sumber: Astro Awani


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Bdt26p

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.