Ahli Akar Umbi Desak PPBM Diharamkan.
BENTONG: Ahli akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengharamkan parti itu yang jelas menipu mereka tentang kewujudan sayap PPBM, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Wakil Armada PPBM Lanchang, Airul Amir Amirudin berkata, ahli akar umbi berasa ditipu dengan kepemimpinan parti berkenaan yang dilihat tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam membela mereka.
"Kami ahli-ahli Armada Pahang bersepakat menyatakan telah ditipu hidup-hidup oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad selaku Pengerusi PPBM dan Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kononnya sayap ini wujud sedangkan hakikatnya ia haram serta tidak wujud dalam perlembagaan parti.
"Kami secara jujur dengan rasa tertekan mendesak ROS supaya membatalkan pendaftaran PPBM sebagai pengajaran," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - Utusan Online
✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zIFrzv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment