Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Kalau 'fake news' sasar kerajaan tak apa, tapi ...' - Hishammuddin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Kalau 'fake news' sasar kerajaan tak apa, tapi ...' - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Berita palsu dijangka mendominasi menjelang pilihan raya umum akan datang, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dalam satu sesi santai bersama pasukan editorial Astro AWANI di Bilik Berita stesen televisyen itu di sini hari ini, beliau mengakui lebih bimbang berita palsu akan menjejaskan fabrik perpaduan sosial dalam negara.

“Awak tunggulah pilihan raya nanti, macam-macam (berita palsu). Kita bukan demokarasi matang seperti Eropah.


“Kalau berita palsu ini mensasarkan kerajaan tak apa, tetapi kalau berita palsu ini berbaur perkauman, agama. (Saya bimbang) kerana masyarakat kita amat rapuh. Beliau juga berharap rakyat Malaysia tidak mengambil apa-apa sahaja maklumat secara bulat-bulat.

Bulan lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat 67 kes penyebaran berita palsu di media sosial dari Januari hingga September tahun ini.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata daripada jumlah itu, lima  kes telah dibawa ke mahkamah.

Dalam tempoh sama, 1,861 laman sesawang, portal dan blog disekat kerana menyebarkan kandungan, maklumat serta berita berunsur palsu termasuk yang boleh mencetuskan kekeliruan dan menjejaskan keharmonian masyarakat.



Tonton temu bual bersama Menteri Pertahanan dan Penaung Institut Onn Jaafar's (IOJ), Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam 'Agenda AWANI' pada pukul 8.30 malam ini.

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ih6EBW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.