Tunggu Fattah, Fazura Pulang Dari Makkah
Dakwaan mengenai pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura sudah bernikah pada malam Selasa mungkin terjawab apabila pasangan itu berjanji untuk mengadakan sidang media selepas pulang daripada mengerjakan Umrah.
Menerusi kenyataan dikeluarkan kepada mStar Online, pasangan itu akan mengadakan sidang media pada 23 November ini namun tidak dinyatakan tujuan mereka berbuat demikian namun dipercayai ia berhubung rapat dengan pelbagai spekulasi yang melanda mereka sejak akhir-akhir ini.
“Dengan rendah hati, Fattah dan Fazura ingin memohon seribu kemaafan dan memohon doa dari semua rakan wartawan dan para peminat semoga Umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
“Insya-Allah, berikutan dari perkara ini pihak Fattah Amin dan Nur Fazura akan mengadakan satu sidang media pada 23 November.
“Lokasi dan masa sidang media ini akan kami kongsikan dalam waktu terdekat ini,” kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, Fattah dan Fazura dalam kenyataan itu berterima kasih atas doa dan berharap pemergian mereka ke Makkah akan mendapat Umrah yang mabrur.
Pemergian ke kota suci itu bersama ahli keluarga masing-masing dan berlepas ke Makkah pada pagi Rabu.
“Fattah Amin dan Nur Fazura telah pun berangkat ke Makkah bagi menunaikan umrah. Perjalanan mereka turut disertai oleh ahli keluarga bagi kedua belah pihak dan wakil pengurusan.
“Terima kasih atas doa-doa kalian dan Insya-Allah semoga diberkati dengan umrah yang mabrur,” tambah kenyataan itu.
✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iVTQAC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment