Lelaki ditahan tendang cermin balai polis
KAMPAR: Polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun selepas dia datang ke Balai Polis Gopeng dan menendang cermin pintu balai sehingga pecah tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, berkata dalam kejadian jam 12.32 tengah hari itu, lelaki terbabit secara tiba-tiba datang sambil berlari ke arah balai polis dan menendang pintu cermin balai hingga pecah.
"Lelaki berkenaan kemudian terus masuk ke dalam balai sambil melaungkan beberapa kali Allahuakbar dan mengambil kerusi plastik mahu menyerang pengadu yang ketika itu bertugas di kaunter.
"Pengadu cuba menangkap suspek dan berlaku pergelutan," katanya di sini hari ini.
Kong Soon berkata suspek kemudian melarikan diri ke arah pintu belakang balai, bagaimanapun pembantu pengadu yang bertugas meminta bantuan dari anggota Balai Polis Gopeng, dan suspek akhirnya berjaya ditangkap.
"Siasatan awal mendapati suspek tidak bekerja dan ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah.
"Suspek turut mengalami kecederaan di bahagian kepala, kaki dan badan akibat pergelutan ketika tangkapan dijalankan," katanya.
Kong Soon berkata, suspek dihantar ke Hospital Kampar untuk menerima rawatan manakala kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 90 Akta Polis 1967.
Sumber Lelaki ditahan tendang cermin balai polis
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ii5LJt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment