Aplikasi Sarawak Pay Dilancarkan – Dompet Digital Yang Memudahkan Transaksi Nirtunai
Kerajaan Sarawak hari ini telah melancarkan aplikasi dompet digital mereka tersendiri yang dinamakan sebagai Sarawak Pay – sekaligus menjadi kerajaan negeri pertama yang melancarkan aplikasi seumpamanya. Melalui inisiatif daripada kerajaan Sarawak ini, Sarawak Pay ingin menjadi aplikasi sehenti untuk membuat pelbagai pembayaran dan pembelian dengan mudah secara nirtunai.
Buat masa ini, melalui Sarawak Pay anda boleh membuat pembayaran kepada beberapa agensi kerajaan dan subsidiari berkaitan – termasuk untuk cukai tanah, membayar bil utiliti, pembelian barangan dan perkhidmatan, serta sebagainya.
Sarawak Pay menyokong integrasi pembayaran melalui kad kredit dan juga perbankan internet bagi memudahkan pengguna menambah kredit ke dompet nirtunai mereka. Bagi tujuan pembayaran, pengguna turut disediakan dengan kemudahan untuk mengimbas kod QR dan membayar. Buat masa ini, sejumlah agensi telah menyokongnya, termasuk di beberapa hotel dan kedai.
Pengguna juga turut boleh menyemak pelbagai transaksi kewangan mereka melalui halaman khusus – sekaligus lebih mengawal perbelanjaan mereka.
Bagi anda yang berada di Sarawak, boleh mencuba aplikasi ini dengan memuat-turunnya daripada kedai aplikasi hari ini.
Muat-Turun Sarawak Pay untuk Android
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yEycHK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment