Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan guna peralatan elektrik yang terkena air banjir - Suruhanjaya Tenaga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan guna peralatan elektrik yang terkena air banjir - Suruhanjaya Tenaga

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tenaga menasihatkan mangsa banjir agar tidak menghidupkan peralatan elektrik sekiranya palam atau soket berada dalam keadaan basah bagi mengelak sebarang kemalangan.

Menerusi satu kenyataan hari ini, suruhanjaya itu sama sekali melarang mangsa banjir menggunakan peralatan elektrik yang telah terkena air banjir sebelum diperiksa oleh juruelektrik bertauliah.

"Jangan memetik suis dengan tangan yang basah, semasa berdiri dalam air atau dalam keadaan kaki tidak berkasut.

"Jangan memasuki bilik yang terdapat peralatan elektrik yang belum dicabut dari soket atau suis. Elakkan juga menghampiri bilik yang terdapat percikan api keluar dari mana-mana peralatan atau pendawaian," jelas kenyataan itu.

Suruhanjaya itu juga melarang mangsa banjir daripada menghampiri kawasan seperti pencawang elektrik atau bilik suis elektrik yang ditenggelami air selain mengelak daripada memijak atau memandu kenderaan melalui lopak air berhampiran talian elektrik yang putus.

Sehubungan itu, suruhanjaya tersebut menggariskan beberapa kaedah keselamatan elektrik semasa banjir surut antaranya menasihatkan mangsa banjir untuk merujuk dengan pihak utiliti bagi mengetahui status penyambungan bekalan elektrik.

Mereka juga perlu memastikan peralatan elektrik dikeringkan terlebih dahulu sebelum digunakan dan memastikan pendawaian rumah diperiksa oleh kontraktor sebelum disahkan selamat digunakan oleh pendawai elektrik yang berdaftar dengan suruhanjaya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ihYysT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.