Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pendakwah Kanada saman Zamihan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pendakwah Kanada saman Zamihan

KUALA LUMPUR: Seorang pendakwah warga Kanada memfailkan saman fitnah terhadap Zamihan Mat Zin, mendakwa penceramah bebas itu mengeluarkan posting bergambar memfitnahnya dalam Facebook, tahun lalu.

Abu Ameenah Bilal Philips selaku plaintif, memfailkan saman itu pada 29 September lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma Tetuan Syukor & Associate, menamakan Zamihan sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan, Bilal Philips mendakwa defendan mengeluarkan gambarnya berserta keterangan dalam akaun Facebook, Ustaz Zamihan Al Ghari pada 26 November 2016, mendakwa plaintif penyokong pengganas.

Beliau mendakwa, ia turut mengandungi poster kuliah Maghrib khas yang disampaikan pada 1 Disember 2016 di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar, Perlis.

Bilal Philips mendakwa, ia merujuk kepada beliau berdasarkan gambarnya yang dimuatnaik selain kenyataan "International Terrorism Supporter, dibenarkan berceramah di Perlis" yang merujuk poster kuliah Maghrib khas disampaikan plaintif.

Katanya, kenyataan defendan adalah fitnah, palsu, tidak berasas, berniat jahat dan berniat memburukkan nama plaintif.

Pendakwa itu berkata, beliau sentiasa menggalakkan keamanan melalui ajaran Islam, bahkan tidak bersetuju dengan sebarang bentuk keganasan.

Sementara itu, plaintif mendakwa, akibat posting berkenaan, beliau mengalami kesusahan, kesedihan yang teruk selain reputasi dan kredibiliti beliau rosak.

Melalui perkongsian 119 pengguna Facebook lain, posting berkenaan diakses lebih luas oleh pengguna laman sosial terbabit, malah masih boleh diakses sehingga tindakan saman itu difailkan.

Sehubungan itu, plaintif menuntut perintah mahkamah supaya defendan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada plaintif melalui akhbar utama pilihan plaintif dan melalui Facebook defendan selain menarik balik posting itu.

Beliau juga menuntut perintah injunksi bagi menghalang defendan menerbitkan semula posting itu, selain ganti rugi am lebih RM1 juta, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, faedah serta kos dan lain-lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pada prosiding hari ini, mahkamah menetapkan 30 November ini untuk pengurusan kes berkenaan.

Dalam pembelaan difailkan pada 19 Oktober lalu, Zamihan berkata, beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai posting bergambar itu yang tersebar di internet.

Defendan yang diwakili peguam, Meor Amin Meor Omar Baki turut menegaskan pernyataan dalam posting bergambar itu bukan fitnah terhadap plaintif kerana apa yang dinyatakan adalah fakta yang benar.

Beliau juga mendakwa terdapat alasan munasabah untuk mengesyaki atau mempercayai plaintif terbabit dalam menyokong keganasan berdasarkan sumber, termasuk akhbar National Post dan maklumat polis yang menyatakan demikian.



Sumber Pendakwah Kanada saman Zamihan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iiEPck

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.