Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zahiril tak boleh bergurau selepas hijrah? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zahiril tak boleh bergurau selepas hijrah?

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zahiril Adzim menolak dakwaan segelintir pihak kononnya beliau tidak lagi suka bergurau senda sejak berhijrah mendalami ilmu agama.

Zahiril atau nama penuhnya Mohd Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 33, berkata beliau berasa lucu apabila dakwaan berkenaan timbul selepas dirinya dikatakan menyertai kumpulan tabligh.

"Ada orang datang kepada saya dan bertanya apakah betul saya tidak lagi boleh bergurau, sekarang? Saya pun tanyalah kembali kepadanya, mengapa saya tidak boleh berbuat demikian? Katanya, sebab saya sertai tabligh.

"Rasa hendak tergelak pun ada. Cepat sangat masing-masing membuat penilaian dengan apa yang mereka lihat.

"Asalkan seseorang itu berhijrah, pergi ceramah agama, sudah dikira tak boleh bergurau. Saya masih lagi dengan personaliti sama. Walaupun saya artis, saya suka berimej sederhana," katanya kepada BH Online.

Tambah Zahiril, penampilan dan pemakaiannya yang santai turut dipersoalkan apabila ia dianggap tidak sesuai untuk lelaki Islam.

Perkara terbabit membuatkan pelakon filem Pekak itu berasa pelik kerana baginya, agama bukan bersandarkan cara pemakaian semata-mata.

"Apabila mereka bertanya mengenai pemakaian, saya menjelaskan kembali, hijrah itu tidak semestinya perlu memakai kopiah 24 jam. Lainlah kalau nak jadi orang Arab.

"Kita orang Melayu, pakai cara orang Malaysia. Saya jadi diri sendiri. Yang penting jaga akhlak dan pergaulan kita.

"Saya suka melepak dengan orang golongan agama untuk menimba ilmu. Tetapi sayangnya, ada segelintir orang suka 'membantai'. Semua salah, dia saja yang betul," ujarnya.



Sumber Zahiril tak boleh bergurau selepas hijrah?

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AHayL8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.