Nak Cari Soto Terbaik, Boleh Singgah Gerai Juara Soto
Gerai Juara Soto dahulunya dikenali Warung Soto berniaga sejak 49 tahun lalu di benteng (terletak bersebelahan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur) cukup dikenali dalam kalangan warga kota. (Gambar: Adelia Amin)
Siapa tidak tergoda melihat hidangan itu yang dihasilkan menerusi gabungan sup ayam tua direbus, bihun atau mi, isi ayam dan bergedil, letak sahaja di atas meja pasti dapat dihabiskan dengan berselera.
Kalau tidak puas boleh tambah lagi atau bungkus untuk menikmatinya di rumah bersama keluarga tersayang atau rakan-rakan. Penulis mengakui bahawa itulah keadaan dialami setiap kali berkunjung ke gerai itu sejak diperkenalkan rakan beberapa tahun lalu.
Malah, penulis tidak malu untuk memperkenalkan gerai itu kepada keluarga dan rakan-rakan kerana yakin dengan keenakan soto yang dimasak menggunakan resepi keluarga Waris yang berasal dari Singapura.
TUMPUAN SELEBRITI
Keenakan soto di gerai tersebut bukan saja menarik perhatian ramai pengunjung tetapi juga selebriti tanah air antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aizat Hamdan, Wan Maimunah, Monoloque dan Khir Rahman.
Mengungkap sejarah Gerai Juara Soto, ia dahulunya dikenali Warung Soto memulakan operasinya sejak 49 tahun lalu di benteng (terletak bersebelahan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur) yang terkenal dalam kalangan warga kota. Ia diusahakan adik-beradik, Hussin dan Selamat Waris.
Bisnes ini kemudiannya berpindah ke bangunan TM terletak di Jalan Duta, Medan Selera Jabatan Perangkaan berhampiran Bukit Aman dan akhirnya di Kampung Pandan, lokasinya sehingga kini.
Pada tahun 2003, gerai ini memenangi tempat pertama dalam pertandingan masakan pada program Citrawarna dianjurkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Bermula dari situ mereka melakukan penjenamaan semula dengan mengubah namanya kepada Juara Soto.
SATU TONG SUP HABIS
Perniagaan keluarga itu diteruskan generasi kedua keluarga Waris iaitu Ixar Selamat yang melakukan penambahbaikan dengan menambah beberapa menu seiring dengan peredaran zaman masa kini.
Mereka memperkenalkan beberapa menu makanan barat seperti chicken chop dan lamb chop selain nasi goreng daging yang dihasilkan menggunakan resepinya sendiri untuk memberi kelainan.
Ixar yang ditemui Rojak Daily Skop! baru-baru ini menyatakan setiap hari mereka mampu menghabiskan satu tong sup membabitkan rebusan ayam di antara 30 sehingga 40 ekor yang mungkin menjadi faktor kepekatan rasa ayam pada sup berkenaan.
"Ayam tua itu akan direbus selama empat jam untuk memastikannya benar-benar lembut, ia dicampur dengan rempah ratus resepi keluarga. Itu kelainan ditampilkan dan pelanggan dapat menikmati rasa ayam pada sup.
"Nasi daging goreng pun guna resepi sendiri, daging diperam dengan rempah istimewa sebelum digoreng," katanya.
Tambahnya, gerai Juara Soto yang beralamat di No 55, Jalan F Kampung Pandan terletak berseberang jalan dengan pasaraya TESCO dan stesen minyak PETRONAS dibuka mulai jam 2 petang sehingga 11.30 malam pada setiap hari kecuali Isnin.
"Kami juga ada membuka gerai di Kompeks Muhibah, Jalan Nirwana, Ampang bermula jam 6.30 pagi sehingga 11.30 pagi," katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iVOYLT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment