Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apa pulak ni Zamihan?: Disaman RM1 juta oleh Bilal Philips, pendakwa dari Kanada - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apa pulak ni Zamihan?: Disaman RM1 juta oleh Bilal Philips, pendakwa dari Kanada

Pendakwah dari Kanada saman Zamihan, dakwa difitnah
mk      Hari ini, 3:38 pm
Seorang pendakwa daripada Kanada Abu Ameenah Bilal Philips memfailkan saman fitnah RM1 juta terhadap penceramah kontroversi Zamihan Mat Zin.

Langkah itu diambil susulan satu tulisan di Facebook Zamihan yang merujuknya sebagai “international terrorist supporter” (penyokong keganasan antarabangsa).
Bilal Philips menamakan Zamihan sebagai defendan tunggul dalam kes yang difailkan pada 28 September tahun ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pengurusan kes dibuat hari ini dan Bilal Philips diwakili oleh peguam Meor Amir Meor Omar Baki.

Meor memberitahu Malaysiakini bahawa perkara itu ditetapkan untuk pengurusan kes lanjutan pada 30 November susulan permintaan peguam Zamihan terhadap jaminan kos sebelum prosiding.

Dalam pernyataan tuntutan Bilal Philip, beliau berkata telah memeluk Islam pada tahun 1970-an dan berucap di pelbagai tempat di seluruh dunia serta menulis lebih 50 buku berkaitan Islam.

Ganti rugi RM1 juta

Beliau juga terlibat dalam rancangan bercorak Islam seperti di di Peace TV, Huda TV, dan Deen Show, Chicago, Amerika Syarikat.

Beliau mendapat ijazah sarjana muda dan sarjana daripada Madinah dan Riyadh, Arab Saudi serta doktor falsafah daripada University of Wales, United Kingdom.

Bilal Philips berkata beliau pernah menyampaikan ceramah agama di Malaysia, terhadap kerabat diraja Perlis.

Beliau mendakwa Zamihan telah memuat naik status di Facebook pada 26 November yang memaparkan gambarnya dengan tulisan “international terrorist supporter” dan maklumat berkaitan acara di Perlis pada Disember tahun lalu.

Bilal Philips berkata perkataan itu palsu, fitnah dan tidak berasas sama sekali.

Beliau sebagainya berkata sentiasa mempromosikan keamanan dan kefahaman agama serta menolak keganasan yang dilakukan atas nama agama.

Bilal Philips menuntut ganti rugi am lebih RM1 juta yang akan ditentukan oleh mahkamah, serta ganti rugi teruk dan teladan.

Beliau menuntut perintah sekatan dan injunksi yang menghalang Zamihan daripada mengulangi kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka di akhbar pilihan plaintif.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iXev7t

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.