Jururawat Menangis Setelah Dipaksa Menari Ghairah Pakai Baju Seksi
Sebuah hospital di Korea Selatan telah mencetuskan kemarahan orang ramai setelah kisah beberapa orang jururawat yang bertugas di hospital tersebut telah dipaksa untuk melakukan tarian seksi dan ghairah di hadapan pihak pengurusan hospital.
Mereka telah dipaksa untuk memakai seluar pendek dan baju seksi semasa membuat persembahan baru-baru ini.
Rata-ratanya merupakan jururawat yang baru bertugas yang tidak dapat menolak arahan itu.
Insiden yang berlaku sewaktu acara sukan tahunan hospital Sacred Heart yang terletak di bandar utara Chuncheon telah berjaya dirakamkan oleh salah seorang pengunjung dan tersebar di internet.
Persatuan Jururawat Korea Selatan yang berang dengan insiden itu telah menyeru supaya siasatan menyeluruh dijalankan.
Menurut mereka, ramai jururawat yang menanggung beban kerja yang berat, gaji yang rendah dan kerap bekerja lebih masa atas dasar tanggungjawab dalam tugas mereka. Melihat perkara ini, skandal itu adalah satu penghinaan dan menyinggung perasaan jururawat.
Setelah melihat rakaman tersebut, ramai jururawat lain tampil mendedahkan bahawa mereka juga terpaksa melakukan tarian yang sama.
“Kami dikehendaki berbaring di lantai dan mengangkangkan kaki di depan pesakit dan penjaga mereka,” tulis seorang jururawat.
Seorang lagi jururawat berkata mereka menangis apabila maruah mereka direndahkan, tetapi tidak diendahkan oleh pegawai-pegawai.
Malah seorang jururawat berkata mereka diarahkan oleh pengurus untuk membuat gaya menggoda ketika mereka melakukan persembahan pentas.
Kementerian Pekerjaan dan Buruh berkata ia sedang menyiasat aduan tersebut.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iVGBQo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment