Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pertimbang BR1M tambahan seiring kenaikan harga minyak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pertimbang BR1M tambahan seiring kenaikan harga minyak

KUALA LUMPUR : Kerajaan boleh mempertimbangkan untuk mengagihkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tambahan jika harga minyak dunia terus mencatat kenaikan.

Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata sejumlah dana bantuan boleh dipertimbangkan namun ia perlu disalurkan secara tidak tetap.

"Ini mungkin..kalaulah peningkatan harga minyak ini boleh menyebabkan kerajaan dapat lebihan (pendapatan) yang boleh kita sumbangkan (semula) kepada masyarakat berpendapatan rendah yang menerima BR1M.

"Kemungkinan besar kita boleh pertimbangkan (pemberian) BR1M tambahan tapi (jumlahnya) tidak tetap iaitu apabila (harga minyak) jatuh kita kurangkan (jumlah) BR1M tambahan ini," katanya menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, hari ini.

Johari berkata, setiap AS$1 (RM4.20) peningkatan harga minyak, akan memberi faedah pendapatan kepada kerajaan sekitar RM300 juta.

"Kalaulah kita hari ini (yang ditetapkan dalam) bajet AS$52 setong, katakan purata (naik) AS$62, maknanya kita sudah ada AS$10 (RM42), jadi kerajaan ada tambahan pendapatan RM3 bilion," katanya.

Beliau berkata, sejak kerajaan melaksanakan sistem apungan harga minyak yang menyaksikan penentuan harganya ditetapkan setiap minggu, jumlah kenaikan yang ditanggung setakat ini adalah satu sen.

"Saya bagi sedikit maklumat, sejak kita apungkan harga minyak ini, kalau kita lihat, ada 12 kali turun dan lebih kurang 19 kali naik.

"Keseluruhan turun adalah RM0.74 sen. 19 kali naik (pula) iaitu RM0.75 sen. Kalau kita lihat impaknya adalah sebanyak satu sen kenaikan iaitu sejak apungan ini dilaksana," katanya.

Biarpun subsidi petrol dimansuhkan, beliau berkata, kerajaan masih menyalurkan sejumlah RM1.6 bilion subsidi iaitu untuk diesel dan gas petroleum cecair (LPG).

"Namun subsisdi ini kita tidak bagi kepada pengguna secara langsung tetapi kepada kumpulan nelayan dan segmen komuniti yang terbabit untuk menggiatkan aktiviti ekonomi," katanya.



Sumber Pertimbang BR1M tambahan seiring kenaikan harga minyak

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ii5K8n

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.