Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bagaimana Mahu Tadbir Malaysia Jika Pemilihan Sendiri Pun Boleh Dipertikai? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bagaimana Mahu Tadbir Malaysia Jika Pemilihan Sendiri Pun Boleh Dipertikai?



Masih ramai yang memperkatakan tentang pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) yang berlangsung pada 12 November yang lalu. Manakan tidak, walaupun para pemimpin DAP mendakwa pemilihan berkenaan berlangsung dengan lancar, tetapi hakikatnya, sesi pemilihan berkenaan berlangsung dalam keadaan yang agak huru hara. 

Sebelum sesi pemilihan berkenaan berlangsung, tidak pernah berlaku dalam sejarah, terdapat satu kelompok penunjuk perasaan berhimpun dihadapan Pusat Konvensyen Shah Alam (IDCC) yang menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap para kepimpinan DAP yang didakwa mereka penuh penipuan dan korup.

Malah, jumlah kehadiran para perwakilan yang boleh mengundi juga hanya separuh daripada mereka yang sepatutnya hadir. Dengan hanya kira-kira 54 peratus sahaja kehadiran, bukan satu perkara yang menghairankan apabila dua nama penting di dalam DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng mudah menguasai carta utama kepimpinan parti berkenaan.

Agak melucukan apabila nama mediang Karpal Singh juga turut menerima 43 undi daripada perwakilan. Memang difahami bahawa nama Karpal memang harus diletak di kertas pencalonan kerana pada pemilihan pada tahun 2012, namanya dicalonkan. Namun, sukarkah buat DAP meletakkan kurungan yang menyatakan Karpal sudah pun meninggal dunia?

Melihat kepada keadaan ini, timbul persoalan, bagaimanakkah rupanya demokrasi Malaysia seandainya DAP mampu membentuk kerajaan kelak? Bayangkan, Lim Guan Eng yang secara terang-terangan mempunyai dua kes di mahkamah yang melibatkan salah guna kuasa, masih boleh bertanding dan masih kekal dengan jawatannya selaku Setiausaha Agung DAP.

Sebelum ini, DAP dilihat cukup gemar memainkan sentimen pengundi hantu bagi membolehkan Barisan Nasional kekal membentuk kerajaan. Hakikatnya, pada pemilihan 2012 dan 2013, mereka sendiri terpaksa menggunakan pengundi hantu bagi memenangkan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang pada pemilihan CEC berkenaan.

Justeru, tidak hairanlah apabila DAP dan Pakatan Harapan mampu membentuk kerajaan kelak, terlalu ramai pengundi hantu akan diwujudkan oleh mereka bagi membolehkan Pakatan Harapan kekal membentuk kerajaan.

Dalam hal ini, adalah sesuatu yang melucukan apabila DAP kerap kali menuduh MCA tidak demokratik dalam pemilihan kepimpinan tinggi parti. Hakikat sebenarnya, setiap kali berlangsungnya pemilihan kepimpinan tertinggi parti, samada MCA mahupun rakan-rakan Barisan Nasional yang lain cukup mementingkan intergriti dan semua keputusan perwakilan, diiktiraf oleh ROS dan beberapa badan pemerhati.

Tidak timbul isu di mana MCA terpaksa membuat pemilihan semula kepimpinan parti seperti yang dilakukan oleh DAP. DAP masih mengekalkan Lim Kit Siang sebagai pemimpin utama DAP sejak 1966 manakala MCA pula sudah bertukar ganti kepimpinannya. Justeru, sukalah untuk ditanyakan kepada DAP, siapa yang tidak demokratik dalam pemilihan kepimpinan tertinggi parti?

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zEKFyW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.