Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penjawat awam dibuang hanya selepas ponteng kerja 2,002 hari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penjawat awam dibuang hanya selepas ponteng kerja 2,002 hari

 | November 15, 2017
Mahdzir Khalid berkata, kes itu membabitkan seorang kakitangan Kementerian Pendidikan di kawasan pedalaman, di mana guru besar terpaksa pujuk individu itu bertahun-tahun.
mahdzir-khalidPETALING JAYA: Ponteng kerja ialah masalah disiplin paling banyak dicatatkan Kementerian Pendidikan sejak 7 tahun lalu.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dipetik Bernama sebagai berkata, daripada 3,450 kes dalam pelbagai kategori kesalahan yang dikendalikan kementerian itu, sebanyak 1,912 kes (55.4%) tidak hadir bertugas dicatatkan sejak 2010 hingga Oktober tahun ini.

Katanya, daripada semua kes ponteng kerja itu, sebanyak 1,311 kes (68.57%) merupakan kesalahan dilakukan anggota kumpulan pelaksana, manakala 601 kes (31.43%) membabitkan kumpulan pengurusan dan profesional.
Beliau berkata, terdapat 1 kes di mana seorang kakitangan di kawasan pedalaman dibuang kerja kerana tidak hadir bertugas selama 2,002 hari atau 5 tahun.

“Ini cerita di sekolah pedalaman dan kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku hingga tidak hadir selama 2,000 hari waktu bekerja,” katanya dipetik Astro Awani selepas merasmikan Hari Integriti Kementerian Pendidikan di Putrajaya, semalam.
“Kita tidak tahu apa masalahnya hingga guru besar pujuk bertahun-tahun. Saya tidak kata guru…mungkin kerani, mungkin pembantu makmal.

“Kita ambil kira isu penjawat awam di kawasan pedalaman seperti terpaksa menaiki bot selama 6 jam, menaiki kereta selama 2 jam dan kemudian berjalan kaki selama 4 jam dan saya tidak kata itu masalah yang dihadapi mereka.”
Mahdzir berkata, antara alasan kakitangan ponteng kerja ialah masalah keluarga, beban hutang dan tugas harian.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penjawat awam yang berdepan masalah merujuk bahagian kaunseling yang disediakan di setiap jabatan.
Katanya, elemen intergriti dalam kalangan penjawat awam bukan hanya tertumpu kepada rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa, tetapi turut merangkumi kecuaian, kelemahan tadbir urus, pengurusan kewangan, isu pelanggaran disiplin seperti tidak hadir bertugas atau menjalankan tugas.

Beliau berkata, kesalahan ponteng kerja tidak boleh dipandang ringan dan tindakan drastik akan diambil selepas siasatan terperinci dijalankan.
Dalam pada itu, katanya, kesalahan ke-2 tertinggi yang dicatatkan Kementerian Pendidikan ialah tatacara kewangan sebanyak 227 kes, penyalahgunaan dadah (205 kes), kesalahan jenayah (181 kes), pelanggaran disiplin (158 kes) dan gangguan seksual (120).

“Dari segi hukuman, 1,996 hukuman dikenakan terhadap pesalah tatatertib. Daripada jumlah tersebut, hukuman buang kerja tertinggi, iaitu sebanyak 947 kes, manakala hukuman ke-2 tertinggi ialah amaran (270 kes), kurangkan gaji (227 kes), tangguh pergerakan gaji (107 kes), denda (79 kes), lucut hak emolumen (58 kes) dan turun pangkat (36 kes).”


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AHQ1Gh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.