Kad konsesi bantu mahasiswa atur bajet
KUALA LUMPUR: Penggunaan kad konsesi membantu mahasiswa berjimat setiap kali menggunakan pengangkutan awam, sekali gus membolehkan mereka menyusun kepentingan berdasarkan kemampuan.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata kemudahan itu membolehkan mereka menikmati diskaun 50 peratus ke atas kadar tunai bagi setiap perjalanan menggunakan Bas RapidKL, Bas Rapid Transit (BRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Monorel dan Transit Aliran Massa (MRT).
"Diskaun ini dapat mengurangkan kebergantungan pelajar kepada penggunaan kenderaan persendirian.
"Pada masa sama, ia turut meningkatkan kehidupan mesra alam dalam kalangan orang ramai," katanya pada sidang media selepas menyerahkan kad konsesi kepada mahasiswa di Stesen MRT Stadium Kajang, hari ini.
Terdahulu, Idris bersama kira-kira 200 mahasiswa universiti, politeknik dan kolej komuniti sekitar Lembah Klang menyertai Program Jelajah MRT.
Program dianjur Bahagian Pembangunan Mahasiswa, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) itu bermula dari MRT Tun Razak Exchange (TRX) hingga Stesen MRT Stadium Kajang.
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha KPT, Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur dan Ketua Pegawai Operasi Stesen Sungai Buloh-Kajang (SBK), Mohammad Isom Azis.
Idris berkata, program yang memberi tumpuan terhadap kepentingan rakyat itu memberi peluang kepada mahasiswa menikmati infrastruktur bertaraf dunia disediakan kerajaan.
"Program ini adalah platform menggalakkan mahasiswa menggunakan kemudahan pengangkutan awam. Pada masa sama, ia turut meningkatkan kesedaran terhadap perkhidmatan pengangkutan disediakan.
"Negara memiliki kemudahan bertaraf dunia seperti MRT dan beberapa perancangan jangka panjang seperti Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) serta Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) demi manfaat masa depan.
"Kita berbangga kerana mahasiswa turut berperanan secara langsung dalam pembinaan dan pengoperasian infrastruktur ini, sekali gus membuktikan kehebatan generasi muda," katanya.
Sumber Kad konsesi bantu mahasiswa atur bajet
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AFRfSz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment