Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanna One Terima Gaji Lebih RM50,000 Setiap Seorang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanna One Terima Gaji Lebih RM50,000 Setiap Seorang

Selepas berbulan-bulan menjalani latihan tanpa henti ditambah jadual yang sangat padat, akhirnya kumpulan KPop sensasi, Wanna One menerima gaji pertama mereka baru-baru ini.

Nampaknya hasil kerja keras kumpulan yang dianggotai 11 anak muda berbakat ini berbaloi kerana setiap daripada mereka mendapat 150juta KRW (kira-kira RM56,2201).

Agensi yang menguruskan kumpulan itu, YMC Entertainment, mengesahkan bahawa gaji yang diterima ahli kumpulan ini sebahagiannya merupakan hasil pendapatan daripada iklan komersial.

“Bayaran yang diperolehi setiap orang baru-baru ini, sebahagian daripada adalah pendapatan CF.

“Mereka akan terlibat dalam beberapa lagi iklan komersial selepas ini,” elas agensi tersebut

Difahamkan Wanna One bakal meraih pendapatan kira-kir 3.3 bilion KRW pada masa akan datang. Ia adalah hasil keuntungan bersama agensi CJ E & M dan YMC Entertainment. Mereka akan memperoleh gaji masing-masing seperti yang termetrai di dalam kontrak.

Bayaran pertama ini juga tidak termasuk keuntungan dari jualan album Wanna One. Pada 8 Ogos lalu, Kumpulan ini mengeluarkan EP yang bertajuk “1X1 = 1 sekaligus memecah rekod jualan. Jumlah keuntungan bersih mereka dijangka melampaui anggaran asal selepas keuntungan daripada jualan album diambil kira.

Berita mengenai Wanna mendapat gaji pertama mula tersebar selepas salah seorang anggota, Kang Daniel membawa ibunya pergi membeli-belah baru-baru ini. Dia pulang kampung halamannya di Busan dengan membawa sejambak bunga dan sebuah beg Gucci.

Wanna One, dibentuk menerusi Program Produce 101 (musim kedua) dan mereka secara rasmi memulakan kerjaya pada 7 Ogos lalu. Mereka akan terus mempromosikan sebagai sebuah kumpulan sehingga 31 Disember 2018 di bawah YMC Entertainment dan CJ E & M, sebelum kembali ke agensi asal mereka.

Meraih perhatian serta menjadi pujaan peminat bukan saja di Korea malah di peringkat antarabangsa, Wanna One bakal berkunjung ke Kuala Lumpur dan mengadakan acara bertemu peminat pada 19 Januari 2018 bertempat di Stadium Negara. Menurut pihak penganjur IME Production, tiket-tiket acara tersebut sudah pun habis dijual pada 5 November lalu.

The post Wanna One Terima Gaji Lebih RM50,000 Setiap Seorang appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zDCcvF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.