Hi! Welcome Back and Stay Tune! Leka guna telefon sampai dirempuh kereta mengundur - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Leka guna telefon sampai dirempuh kereta mengundur

Seorang wanita yang leka menggunakan telefonnya sambil berjalan, dirempuh sebuah kereta yang sedang mengundur. 
Video kejadian berdurasi dua minit yang viral di media sosial itu dipercayai berlaku di China. 
Berdasarkan video, mangsa kelihatan sedang berjalan ke sebuah gudang yang dipercayai tempat kerjanya. Namun mangsa yang sedang leka menggunakan telefon bimbitnya itu tidak menyedari kereta di depannya sedang mengundur ke belakang. 
Pemandu kereta yang juga tidak menyedari kehadirannya lalu merempuh mangsa menyebabkan wanita itu terjatuh. 
Mangsa yang terkejut kemudian menendang belakang kereta itu dengan kakinya, manakala tangannya masih memegang telefon bimbit. 
Menyangka tiada sebarang objek di belakang, pemandu itu kemudian terus mengundur menyebabkan badan mangsa terlipat dan terperosok di bawah kereta itu. 
Beberapa rakan sekerja yang dipercayai terdengar suara jeritan mangsa kemudian segera datang dengan forklift untuk mengangkat kereta itu bagi menyelamatkan mangsa. 
Beberapa oang lelaki yang lain kemudian datang menghulurkan bantuan dan menarik mangsa keluar dari bawah kereta tersebut dan difahamkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. 


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zJGtvn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.