Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Aku Ni Dah Nak Mati Ke?" - Siti Sarah Kongsi Detik Cemas Dikejarkan Ke Hospital.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Aku Ni Dah Nak Mati Ke?" - Siti Sarah Kongsi Detik Cemas Dikejarkan Ke Hospital..



Penyanyi Siti Sarah mendedahkan dia panik apabila tiba-tiba hampir pitam di kediamannya sebelum dikejarkan ke hospital minggu lepas lapor Astro Gempak.

Kata Sarah, dia berulang kali memohon maaf kepada suaminya, Shuib, sepanjang perjalanan ke hospital.

"Aku ni dah nak mati ke? Itu yang bermain-main dalam kepala saya sepanjang perjalanan ke hospital dan ditahan dalam wad sehari.


"Tapi waktu itu saya nampak muka Shuib cool sahaja. Sampailah saya sudah kembali sihat dia ceritakan semula kepada saya dan barulah saya tahu dia memang betul-betul panik," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan rambut Sugardoll by NN di Flora Terrace, Kuala Lumpur hari ini.

Sarah dalam pada itu menjelaskan punca dia dimasukkan ke hospital bukan kerana diet melampau sebaliknya keletihan dan tekanan darah rendah.


"Pernah saya tidak sempat pulang ke rumah selama lima hari kerana terlalu sibuk dengan persembahan nyanyian.

"Saya tidak pernah tidak makan sebab saya seorang yang akan sentiasa membawa bekal apabila keluar.

"Tetapi mungkin ketika itu saya terlalu sibuk sampailah hampir pengsan.


"Memang saya sudah rasa sakit-sakit badan sejak beberapa hari namun saya kuatkan semangat untuk bekerja dan kuatkan semangat," tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Sarah dilantik sebagai duta kepada produk penjagaan rambut Sugardoll by NN yang merangkumi syampu, perapi, tonik dan vitamin.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jiJcof

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.