Monyet Swafoto Dinamakan 'Individu Terbaik'
JAKARTA: Seekor monyet dari Indonesia yang menjadi terkenal selepas ia mengambil gambar swafoto serta mencetuskan hak cipta dari Amerika Syarikat (AS), dinamakan sebagai 'Individu Terbaik' pada Rabu oleh sekumpulan hak asasi haiwan.
The People for the Ethical Treatment of Animals (Peta) memberitahu, ia memberi penghargaan kepada Naruto, seekor monyet hitam dengan mengiktirafkan "ia adalah seseorang, bukan sesuatu".
Kisah mengenai swafoto monyet mula hangat diperkatakan pada 2011 apabila jurugambar warga Britain, David Slater berkunjung ke Sulawesi, Indonesia dan menghabiskan masa beberapa hari mengikuti sekawan monyet.
Naruto kemudiannya menggunakan kamera milik Slater untuk merakam beberapa gambar termasuk gaya berswafoto.
Gambar-gambar tersebut tular dan Peta memfailkan tindakan undang-undang dengan mendakwa Naruto sepatutnya memiliki hak cipta ke atas gambar-gambar tersebut.
Slater mendakwa bahawa gambar-gambar swafoto tersebut adalah miliknya walaupun monyet terbabit yang menekan butang pada kamera itu.
Dilaporkan, selepas dua tahun berulang alik ke mahkamah hanya kerana gambar swafoto haiwan itu, Slater boleh menarik nafas lega apabila kes itu akhirnya selesai.- mStar
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ATIg3Z
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment