Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan Sesekali Burukkan Orang Lain – Awie - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan Sesekali Burukkan Orang Lain – Awie



PERSENGKETAAN yang berlaku antara bekas vokalis kumpulan rock Kristal, Lan serta ahli kumpulan yang lain nampaknya memberi kesan kepada penyanyi Awie.

Mana tidaknya, Awie yang juga vokalis kumpulan Wings itu antara orang yang bertanggungjawab mendidik Kristal menjadi penyanyi kumpulan rock yang disegani sehingga kini.

Namun, akuinya perkara tersebut merupakan lumrah bagi penyanyi berkumpulan seperti Kristal. Tetapi, Awie menyatakan walau apa jua masalah seharusnya diselesaikan secara baik sesama mereka.

“Saya selalu berpegang kepada perkara ini, jika tidak diselesaikan secara baik dari peringkat awal, memang akan berlarutan macam ni. Ada masalah sesama anggota, jangan sesekali libat orang luar.

“Maklumlah orang luar ramai yang jadi ‘tukang cucuk’ yang akhirnya membawa kepada kemusnahan. Kalau berjumpa bertemu mata, itu lebih baik.

“Luahkan apa sahaja rasa ketidakpuasan hati secara terus. Setelah itu, pandai-pandailah membawa diri,” katanya dipetik laporan sebuah akhbar tempatan.

Tambahnya lagi, anggota kumpulan Kristal itu sepatutnya duduk berempat bertentang mata dan tidak memendam. Baginya, tindakan tersebut akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Kalau ada masalah kena suarakan terus. Jangan pendam terlalu lama, kalau ‘meletus’ segala benda akan diceritakan.

“Kalau ini jalan terbaik, bawalah jalan masing-masing tapi jangan sesekali burukkan orang lain. Saya sendiri sudah berpengalaman berhadapan dengan isu macam ni,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Awie menyatakan mereka berempat boleh pergi jauh dalam industri. Ini kerana menurutnya, Lan mempunyai banyak pengalaman dan boleh membantunya dalam bergelar penyanyi solo kelak.

Ahli Kristal yang lain pun tidak kurang hebatnya. Seperti Rody, dia antara gitaris yang disegani di Malaysia, cuma mereka perlu mencari pengganti Lan untuk sama-sama meneruskan karier mereka sebagai kumpulan rock.

“Masing-masing sudah dewasa dan tahu apa yang dilakukan. Kalau ini jalan terbaik, belajarlah erti perpisahan,” pesan Awie.

Terdahulu, Lan telah membuat keputusan mengundurkan diri dari kumpulan yang berusia 18 tahun itu selepas ahli-ahlinya yang lain ingin mencari vokalis baharu buat kumpulan itu. – MYNEWSHUB.CC

✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2irmdXn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.