Amira Othman Pilih Hael Husaini Buat Kali Kedua
Percaya dengan kemampuan Hael. (Pic: Mohamad Bakar)
Penyanyi yang juga komposer muda terkenal, Hael Husaini terus menjadi dambaan dan pilihan ramai artis. Tapi bukanlah atas paksi bercinta sebaliknya menggunakan khidmatnya sebagai pencipta lagu. Amira Othman salah seorang daripada mereka.
Kali kedua menggunakan khidmat penyanyi yang boom dengan lagu Jampi itu, Amira optimis dengan kelebihan dimiliki Hael untuk mencipta single keempatnya berjudul Mimpi Indah.
Hael bukan asing lagi lagi dalam dunia komposisi lagu. Sebelum ini Hael pernah mencipta lagu Hati Hati dendangan Amira. Dayang Nurfaizah, Dafi, Indah Ruhaila dan Nabila Razali juga antara yang turut menggunakan khidmatnya.
“Selepas dia mencipta lagu Hati-Hati, secara tak langsung saya percaya yang dia lebih tahu arah tuju serta genre lagu yang sesuai. Hael sangat kreatif.
“Selalunya idea yang dicetuskan dia, saya suka. Malah kami juga lebih banyak bersependapat,” katanya.
Menurut Amira lagi, lagu Mimpi Indah yang diterbitkan Edry Abdul Halim dijangka dilancarkan bulan Disember ini.
“Sekarang ini dalam proses menyunting video muzik lagu itu. Tiada aral melintang, lagu ini akan dipromosikan tak lama lagi.
“Saya pun berehat seketika daripada berlakon kerana mahu memberi tumpuan kepada nyanyian yang ditinggalkan sejak setahun lalu,” katanya.
Dalam pada itu, Amira Othman mengakui dirinya sangat kuat cemburu dan cerewet terutama berkait rapat sifat dirinya dan perihal lelaki yang perlu memahami diri beliau.
Bagaimanapun cemburunya itu bukanlah semberono tetapi lebih bertempat. Sebagai gadis, penyanyi dan pelakon berusia 24 tahun itu percaya sebagai golongan perempuan dia berhak mendapat perhatian istimewa dalam hidup insan bernama lelaki.
Pernah menjalinkan cinta dengan Azhar bekas duo kumpulan Azhael beberapa tahun lalu, pelakon yang pernah meledak menerusi drama Abang Bomba I Love You itu kini selesa menjalani hidup tanpa cinta. Malah Amira juga berharap andai suatu hari nanti dia dipertemukan dengan Mr Right, dia tak mahu bercinta lama-lama.
“Memang nak kata saya ini kuat cemburu, boleh juga. Tapi cemburu bertempatlah. Jadi lelaki itu kena faham dan sabar dengan emosi saya. Selepas putus cinta, tak ada istilah saya serik bercinta dengan artis. Cuma sesiapapun yang dipertemukan dengan saya suatu hari nanti, dia boleh menghormati keluarga terutama Mama dan Abah.
“Saya harap lelaki yang berjaya menambat hati dapat meyakinkan diri ini yang dia benar-benar bersungguh memiliki saya. Saya masih solo, tapi kalau ada calon sesuai, beritahulah,” selorohnya.
Amira mensasarkan untuk dirinya ke alam rumah tangga sekitar usia 27 atau 28 tahun.
Sumber Amira Othman Pilih Hael Husaini Buat Kali Kedua
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AuBDV8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment