Android 8.1 Oreo Dilancarkan – Menawarkan Integrasi Pembelajaran Mesin Untuk Aplikasi
Google hari ini telah mula menawarkan Android 8.1 Oreo – sekaligus menjadikan peranti Nexus dan Pixel antara yang terawal menerimanya tidak lama lagi.
Android 8.1 Oreo menyertakan beberapa perkara baru, termasuk salah satunya adalah penyertaan Neural Networks API yang membolehkan pembangun aplikasi untuk mengintegrasikan keupayaan pembelajaran mesin pada aplikasi mereka. Dengan lebih banyak pengeluar peranti yang menawarkan kuasa pemprosesan khusus untuk tujuan pembelajaran mesin, ia kini mungkin lebih memudahkan para pembangun mengintegrasikan sokongan berkenaan pada alikasi mereka.
Disamping itu, beberapa ciri-ciri lain yang turut dibawakan melalui kemaskini baru ini adalah termasuk penambahbaikkan pada sokongan autofill.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pengeluar peranti lain akan menawarkan kemaskini sama untuk peranti-peranti keluaran mereka.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BMvodl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment