UMNO Perlu Kuasai Media Sosial Untuk Kempen PRU14
Media sosial merupakan salah satu cara terbaik bagi para pemimpin parti untuk mendekatkan diri dan lebih mesra dengan rakyat, kata Ketua Pemuda UMNO Pahang Mohd Shahar Abdullah.
Beliau berkata media sosial boleh digunakan untuk membicarakan dengan rakyat mengenai semua perkara.
“Sebagai contoh, mereka boleh menggunakan media sosial untuk berkomunikasi dengan masyarakat mengenai semua perkara (yang bukan hanya berkaitan politik), memberitahu aktiviti terkini berkenaan parti serta mendapatkan maklum balas daripada masyarakat,” katanya.
Bagi memenangi hati generasi digital, Mohd Shahar berkata, ahli-ahli UMNO harus lebih pantas dan bijak dalam menggunakan media sosial terutamanya bagi menepis cerita-cerita tidak benar berkaitan parti terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Saya percaya pihak pembangkang akan menggunakan media sosial sebagai satu daripada medium utama mereka untuk berkempen dan ‘berperang’ dengan Barisan Nasional (BN) pada PRU14.
“Kita tidak dapat mengawal apa yang dipaparkan di media sosial tetapi kita wajib mempertahankan apa yang benar bagi mengelak generasi Y mempercayai gambaran negatif dan maklumat tidak sahih yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab sehingga berisiko menyebabkan mereka menjauhi Umno,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Rafii, yang senada dengan Mohd Shahar, berkata budaya membenci seperti diamalkan oleh pembangkang yang sering memainkan isu negatif seperti harga minyak untuk kepentingan mereka, tidak diamalkan oleh UMNO.
“Namun, saya melihat netizen (warga Internet) sudah sedikit matang dan mula mempercayai berita daripada sumber sahih. Saya percaya ini akan memberikan kelebihan kepada BN pada PRU14 kelak,” katanya.
Manakala, Ketua Puteri UMNO Bahagian Gua Musang Norfadzlete Ayrani Mat Rosli berkata, kempen atau penyebaran berita mengenai aktiviti parti menerusi media sosial mampu memberi kebaikan kepada BN menjelang pilihan raya umum akan datang.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak pernah berkata mereka yang bergiat aktif dalam politik mula menggunakan Internet pada 1998 untuk mempengaruhi pandangan orang ramai tetapi 10 tahun kemudian iaitu pada 2008 barulah rakyat Malaysia menyedari kesan Internet dalam mempengaruhi undi.
“Hartawan media Rupert Murdoch pernah berkata bahawa menjelang 2050, media akan beralih sepenuhnya kepada dalam talian atau elektronik, dan media cetak bakal menjadi sesuatu yang sudah berlalu.
“Berdasarkan apa yang berlaku kini, keadaan itu dijangka berlaku lebih awal daripada 2050. Pada masa ini, politik dan kempen politik lebih bergantung kepada media dalam talian dan elektronik,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata industri media harus berubah mengikut keadaan dan masa dengan menjadii celik Internet.
“Apa yang lebih penting adalah kita tidak boleh merosakkan integriti media dalam talian dengan membiarkan berita palsu berleluasa kerana ini akan mewujudkan masalah defisit amanah yang serius,” katanya.
Ketua Puteri UMNO Pulau Pinang, Nurul Haida Mahamad pula berkata pihaknya sememangnya menggunakan media sosial seperti WhatsApp untuk memaklumkan maklumat kepada rakyat mengenai program anjuran Puteri Umno seperti Puteri Peduli dan bantuan mangsa banjir.
“Langkah sebegini mendapat reaksi positif daripada pengguna media sosial kerana ini menunjukkan Puteri UMNO bukan sahaja cakap kosong tetapi kami sememangnya turun padang untuk membantu rakyat,” katanya.
Berdasarkan laporan The Digital News Report 2017 mendapati rakyat Malaysia adalah pengguna WhatsApp paling ramai dengan mencatatkan 51%. Manakala pengguna Facebook dan YouTube pula masing-masing mencatatkan 58% dan 26% pengguna. WeChat dan Instagram masing-masing mencatatkan 13%. –Utaranews.com
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zTAcfS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment