'Sorok Bayi Baru Lahir Dalam Laci Kabinet.' - Remaja Perempuan Berusia 12 Tahun Melahirkan Bayi Lelaki Bersendirian Hasil Hubungan Bersama Teman Lelaki Berusia 15 Tahun..
SIBU: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan selepas teman wanitanya yang bawah umur melahirkan seorang bayi lelaki dan menyembunyikannya di dalam laci.
Timbalan Ketua Polis Sibu, Supritendan Martin Koo berkata, remaja lelaki tersebut ditahan selepas remaja perempuan berusia 12 tahun itu mendakwa dia adalah teman lelakinya.
“Gadis itu melahirkan bayi sendirian di rumah keluarga angkatnya di Kampung Bahagian Jaya pada pukul 6 petang.
“Bimbang sekiranya orang luar mengetahui mengenai perkara itu, dia menyembunyikan bayinya dalam laci di kabinet bilik stor,” katanya kepada pemberita pada Selasa.
Kira-kira pukul 4 petang Selasa, kakak angkat remaja perempuan itu yang berusia 16 tahun dikejutkan dengan tangisan bayi di dalam rumah.
Kakak angkat suspek menjumpai seorang bayi yang dibalut dengan tuala di dalam laci.
Pemilik rumah itu kemudiannya menghubungi pihak polis bagi memaklumkan tentang kejadian tersebut.
Remaja lelaki terbabit ditahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas tuduhan merogol.
Mstar Online
Mstar Online
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AdYTYI
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment