Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zahid: Siapa kata kerajaan persekutuan tak ambil peduli Sabah, Sarawak? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zahid: Siapa kata kerajaan persekutuan tak ambil peduli Sabah, Sarawak?

KUALA LUMPUR: Di sebalik tuduhan dan kritikan beberapa pihak, termasuk pembangkang bahawa kerajaan persekutuan tidak mempedulikan Sabah dan Sarawak sejak pembentukan Malaysia 54 tahun lalu,  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi, menepis tuduhan berkenaan.

Hal ini terutamanya jika dilihat dari segi keselamatan.

“Siapa kata kita tak ambil peduli rakyat Sabah dan Sarawak? Kita juga menyediakan teknologi tercanggih di setiap pintu masuk melalui penaiktarafan ICQ,” katanya ketika merasmikan secara serentak persidangan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini malam tadi.

Naib Presiden Umno itu yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, berkata berkata penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan cadangan pembinaan tembok sempadan berteknologi terkini memaparkan keprihatinan kerajaan terhadap keselamatan negara.

Tegasnya, kerajaan telah menyediakan RM250 juta sebagai peruntukan awal untuk menambah baik aset Esscom.

Pada 7 Mac 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembentukan Kawasan Keselamatan Khas di Pantai Timur Sabah yang diikuti pengisytiharan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) pada 27 Mac 2013.

Pada 1 April 2013, Esscom ditubuhkan dan selepas itu Ops Daulat digantikan dengan Operasi Sanggah yang dikendalikan sepenuhnya oleh Esscom.

Esscom merupakan ejen penguatkuasaan keselamatan bagi Esszone yang merangkumi 10 daerah dan diwujudkan khusus bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri itu ekoran insiden pencerobohan sekumpulan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Penganalisis politik berkata, sejak menjadi Perdana Menteri pada 2009, Najib telah memberi perhatian berat kepada kedua-dua negeri yang bersetuju sama-sama membentuk Malaysia pada 1963.

Najib amat prihatin terhadap Sabah dan  Sarawak dengan melawat Sarawak  sekurang-kurangnya 55 kali  sejak menjadi Perdana Menteri. – Sarawakvoice



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2nxUYQo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.