Hi! Welcome Back and Stay Tune! Khai Bahar Bersedia Menakluk Pasaran Indonesia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Khai Bahar Bersedia Menakluk Pasaran Indonesia

Khai Bahar Bersedia Menakluk Pasaran Indonesia

Bersedia lebarkan sayap ke Indonesia. (Pic: Instagram @khaibahar94)

Dalam tempoh hampir setahun mengukuhkan nama di Malaysia, bayangan penyanyi kacak, Khai Bahar untuk menembusi pasaran negara Indonesia sudah mula kelihatan apabila sah disambar pihak di sana untuk menyanyikan lagu runut bunyi filem Indonesia diberi nama Haji Kecil.
Hal itu disahkan sendiri penyanyi lagu Bayang dan Luluh itu yang ketika itu berada di Indonesia untuk rangka promosi kerjaya nyanyiannya.
Pengalaman sulung menyanyi runut bunyi.
Terlanjur berada di sana untuk memenuhi undangan program TV termasuk Dahsyat, Khai dan pihak pengurusannya juga mencuri ruang untuk berbincang lanjut projek runut bunyi filem itu.
Difahamkan Khai akan menyanyikan dua buah lagu berjudul Doa dan Harapan serta Doa Yang Diijabah hasil ciptaan Rara Tarmizi.
“Siapa yang tak teruja dan gembira kerana diberi peluang sebegini. Tambah pula ia pengalaman sulung saya menyanyikan lagu runut bunyi. Ia jadi langkah awal untuk saya berjinak-jinak menembusi pasaran muzik Indonesia. 
Belum ada tawaran berlakon daripada negara jiran.
“Cuma ketika ini belum tahu lagi bila dan di mana lagu itu akan dirakamkan.  Pihak pengurusan saya sendiri tengah menunggu kata putus. 
“Memang ikut plan awal memang saya akan merakamkan dua buah lagu. Tapi saat ini hanya satu saja lagu dapat disahkan bakal dirakamkan terlebih dulu,” katanya.
Menurut Khai ketika ini hanya tawaran menyanyi saja yang kunjung tiba kepadanya dari negara terbabit. Tawaran berlakon bagaimanapun belum ada.
Peluang untuk meraih peminat luar negara.  
“Dapat tawaran menyanyi pun satu bonus buat saya. Siapa tahu ini mungkin permulaan untuk saya lebih dikenali di Indonesia dan mengukuhkan base peminat di sini.
“Ia macam test market apakah kehadiran saya dalam bidang nyanyian akan diterima atau sebaliknya,” katanya
Saat ini sudah lima trofi berada dalam genggamannya. Kali pertama Khai menerima trofi ialah menerusi Anugerah MeleTOP ERA 2017 menerusi kategori Artis Baru MeleTOP. Seterusnya di Anugerah Bintang Popular BH 3.0, jejaka berasal dari Perlis ini menang dua lagi kategori Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Baharu Popular.
Banyak raih trofi popular, mahu dapatkan trofi terbaik.
Baru-baru ini di Anugerah Planet Muzik (APM) 2017, dua lagi anugerah dibolotnya iaitu Lagu Paling Popular APM menerusi lagu Bayang dan Artis Paling Popular APM.
Terbaru dia menerima tiga pencalonan menerusi Top Hot 2017 anjuran stesen radio Hot FM.   Khai menjadi calon top 5 kategori Penyanyi Lelaki Hot 2017 dan dua lagi dalam kategori sama iaitu FB Live Hot 2017.

Sumber Khai Bahar Bersedia Menakluk Pasaran Indonesia

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2B7tFCq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.