Hi! Welcome Back and Stay Tune! OIC Harus Bertindak Senada Dalam Isu Baitulmuqadis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OIC Harus Bertindak Senada Dalam Isu Baitulmuqadis

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) harus bertindak senada berhubung kemungkinan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, tindakan yang dilihat boleh menjurus kepada konflik dan ketegangan di Timur Tengah.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO sebagai tulang belakang kepada parti pemerintah Barisan Nasional (BN) di negara ini, amat dekat dengan isu berkaitan Palestin.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa saranan yang akan dilakukan Malaysia dalam menangani isu itu.

"Kita merasa terlalu dekat dengan rakyat Palestin dan kita sebagai rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam, pasti merasai apa yang mereka rasa," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan delegasi Hamas dari Palestin di luar Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Delegasi itu diketuai Dr Maher Salah selaku wakil Biro Politik Hamas.

Sementara itu, Hamas mengucapkan terima kasih kepada Malaysia atas usaha berterusannya dalam memperjuangkan Palestin.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Zahid dan semua rakyat Malaysia kerana berjuang untuk isu-isu Palestin di peringkat antarabangsa.

"Kami berharap para pemimpin Islam supaya melakukan yang sama (berhubung perkara ini), dan kami tidak akan menyerah Jerusalem kepada mereka (Israel)," kata Dr Maher kepada pemberita.

Menurut laporan media antarabangsa, Trump akan mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, selepas Amerika Syarikat melaksanakan dasar berhati-hati sejak berdekad lamanya dan tidak mengendahkan amaran tentang tindakan bersejarah yang mungkin mencetuskan keganasan di Timur Tengah.

Dilaporkan bahawa Palestin dan para pemimpin dunia Arab mengutuk tindakan itu, yang termasuk memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke kota suci berkenaan. -- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2B3v64Q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.