Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sheila Jangan Lupa, Tiket Konsert Mahal Tidak Akan Laris Kalau Rakyat Susah, Ekonomi Negara Buruk - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sheila Jangan Lupa, Tiket Konsert Mahal Tidak Akan Laris Kalau Rakyat Susah, Ekonomi Negara Buruk



Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor hari ini mengingatkan Datuk Sheila Majid bahawa dia mungkin terlupa kenapa tiket konsert Sheila Majid: The Concert KL 2017 pada bulan Ogos yang lalu laris bak pisang goreng panas.

Sambil mengakui Sheila adalah ratu jazz negara dan dianggap lagenda yang punya ramai peminat tetapi Rizal membuat pertanyaan mampukah mereka untuk membeli tiket konsert yang berharga sehingga RM888 itu terjual jika ekonomi negara begitu terjejas.

“Mampukah para peminat anda yang mungkin kebanyakannya golongan umur pertengahan mampu membayar tiket konsert semahal itu jika benar hidup mereka terhimpit dan berada dalam kesusahan sejak beberapa bulan yang lalu.

“Sebagai artis veteran yang banyak pengalaman dan pengaruh, anda sepatutnya faham bahawa banyak hal dalam ekonomi yang bukan dalam kawalan kerajaan kerana faktor luaran sehingga nilai ringgit menyusut dan peluang pekerjaan makin mencabar”, katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini.

Jelasnya mana ada kerajaan yang mahu melihat rakyatnya susah dan kerajaan BN di bawah PM Datuk Seri Najib Razak bukan duduk diam, sebaliknya berusaha setiap hari membawa masuk pelaburan agar peluang pekerjaan bertambah, kukuhkan nilai ringgit dan membantu meringankan beban kos sara hidup menerusi pelbagai inisiatif seperti BR1M.

“Datuk Sheila mungkin hidup senang lenang dan mewah selama ini kerana banyak mendapat tawaran menyanyi di majlis makan malam korporat dan ketahui dan sedarilah, semua ini tidak mungkin dapat dinikmati selama ini jika bukan hasil kerja keras kerajaan BN.

“Kalaupun tidak terluah kata-kata terima kasih atau menghargai limpahan rezeki selama ini, jangan pula memesongkan pemikiran masyarakat dengan fakta yang tidak benar, apatah lagi menjadi alat propaganda untuk pembangkang”, ujarnya.

Baru-baru ini, Sheila membuat kenyataan melalui Twitter mengeluh berkenaan ekonomi negara kos sara hidup tinggi, serta rakyat Malaysia yang sudah bosan dan marah kerana diperah untuk membayar hutang yang bukan berpunca daripada rakyat. -MediaUMNO



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2krMrgx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.