'Cikgu Lain Biarkan Je Sebab Dia Tak Bercakap, Tenung Meja' - Digelar Pelajar Tiada Kepala, Guru Ini Siasat Dan Cuba Cari Punca, Rupa-rupanya...
Usaha demi usaha, pelbagai kaedah pendekatan yang digunakan untuk mengajak pelajar ini berinteraksi dengannya, akhirnya membuahkan hasil dan menemui punca sebenar remaja berkenaan berkelakuan seperti itu.
AKU ada seorang student Cina yang pendiam dan pemalu sangat. Nak dengar suara dia, susah sangat. Nama dia Yip Kah Shzen.
Tengok muka dia dalam gambar ini pun boleh bayangkan dia jenis macam mana, kan? Haha! First masuk kelas 4Einstein, memang tak perasan langsung pelajar ini sebab dia sangat pendiam dan kelas dia pula huru-hara bising gila.
Then bila aku mula nak tanya nama seorang demi seorang dan sampai giliran dia, dia senyap, duduk dan pandang meja. Tak bergerak langsung. Tanya berkali-kali, tak jawab.
Kawan dia kata, "Cikgu, dia memang macam tu. Pemalu."
Okey. Tak apalah. Aku tanya kawan dia, nama dia siapa.
Next class, masa aku mengajar, memang kelas itu huru hara. Nak semak satu-satu memang tak sempat. Cuma yang aku perasa, Kah Shzen ini tak bergerak dan cuma tenung meja. Selepas aku ambillangkah untuk mengubah kedudukan kelas dan susunan meja, aku letakkan Kah Shzen di depan, senang nak pantau.
Semenjak itu, aku buat denda tabung untuk siapa yang tak bawa buku dan kalkulator. Setiap kali kelas, aku periksa setiap seorang. Sampai giliran Kah Shzen, dia masih tenung meja. Aku tanya, dia senyap. Aku tanya kawan sebelah dia, selalu macam mana cikgu lain ajar dia.
"Cikgu lain biarkan saja sebab memang dia takkan bercakap. Dia tenung meja saja," kata rakannya.
Balik ke bilik guru, aku berfikir apa yang perlu aku buat. Aku berjumpa dengan guru kelas dia, a.k.a cikgu matematik dia sebelum ini. Cikgu itu cuma cakap, "Dia memang dah tak boleh buat apa. Biar je, terpaksa abaikan".
Aku rasa macam tak adil buat begitu. Aku ambil langkah tutur dalam bahasa Cina, mungkin dia tak faham bahasa Melayu. Aku tanya mana buku dan kalkulator. Dia menggeleng kepala. Aku tanya, tak bawa ke memang tak ada? Dia jawab perlahan saja dan sepatah, "Tak ada".
Mungkin dia orang susah. Aku nak denda pun tak sampai hati. Tapi kalau tak denda, jadi tak adil pula. Aku pun pergi berjumpa panitia maths. Pinjam buku lebih dan pinjamkan kepada Kah Shzen. Bagi pinjam kalkulator setiap kali kelas.
Aku mengajar seperti biasa. Dalam masa yang sama aku cuba memantau dan cuba bercakap dengan dia. Setiap kali kelas, aku cuba mendekati dia.
Satu hari itu, aku semak buku dia. Rupa-rupanya selama ini dia tulis dan salin setiap calit marker yang aku tulis di whiteboard. Setiap benda. Allah. Semenjak ada buku, homework dia hantar. Apa yang aku suruh, dia buat. Kiranya selama ini bukan dia tak nak buat apa-apa, tetapi dia tak ada bahan.
Sejujurnya kelas dia memang hyper. Kalau kelas lain aku boleh ajar empat perkara dalam satu masa. Tetapi kelas dia, cuma sempat satu sahaja.
Walau bagaimanapun, aku cuba juga mencuri sedikit masa untuk pergi pada dia seorang. Tidak lama selepas itu, bila aku ajar sambil tanya dia, 80% dia boleh jawab dengan betul. Maksudnya dia bukan dung, cuma dia perlukan perhatian lebih dan aku pun teruskan beri perhatian pada dia.
Setiap apa yang aku cakap di dalam kelas, aku akan cakap semula pada dia secara peribadi agar dia tak terlepas.
Satu hari, aku borak dengan guru seni dia. Aku tanya cikgu itu, bagaimana Kah Shzen dalam kelas?
"Oh, dia tu selalu tunduk tenung meja saja dalam kelas. Saya selalu panggil dia tak ada kepala. Tak boleh buat apa dah dia tu," katanya.
Aku pun tunjukkanlah buku latihan Kah Shzen kepada cikgu itu. Dia terdiam bila tengok buku Kah Shzen yang penuh dengan latihan.
Kah Shzen mula berani nak berinteraksi dengan aku. Dia WhatsApp aku dan tanya tentang pembaris. Terkejut jugalah, tetapi aku happy gila.
Tak kisahlah Google Translate pun, asalkan aku nampak usaha dia. Dia bukan useless.
Aku selalu buat note kat buku latihan dia. Suruh dia senyum sebab memang susah nak tengok dia buka mulut dan senyum. Tapi aku teruskan.
Minggu last aku, kitorang plan nak buat farewell party. Kelas 4 Einstein ini memang banyak sangat beri pengajaran dan pengalaman pada aku. Jadi aku berharap sangat mereka semua datang dan berjumpa buat kali terakhir. Aku pun pergi pada setiap seorang dan tanya mereka datang atau tak.
Sampai giliran Kah Shzen, aku kata, "Saya harap awak datang," sebab dia adalah pelajar yang mengajar aku erti kesabaran dalam mendidik.
Sebelum aku keluar kelas masa tu, kawan dia bagi sehelai kertas dan katanya Kah Shzen yang beri. Aku pun pandang Kah Shzen dan kata 'Xie xie' (Terima kasih). Dia terus tunduk.
Aku buka kertas itu. Dia cuma tulis satu ayat, "Thank you, teacher". Allahu, walaupun nampak ayat itu simple tetapi bagi aku besar maknanya.
Then pada hari jamuan itu, aku dapat rasa yang dia tak datang. Sebab pelajar chinese kan, susah sikit nak approach. Tapi tiba-tiba dia WhatsApp. Happy sangat.
Dan masa seisi bergambar, aku minta dia senyum sebab aku cakap, "Ini last day saya, please give me a smile" and he was trying.
Aku minta setiap seorang bagi ucapan. Sampai turn dia, dia malu-malu. Tetapi dia bercakap!
Okay last, masa nak balik, kawan dia ada buat lawak. Then aku ternampak dia senyum. Aku suruh kawan dia ulang semula. Then dia bagi senyuman yang paling manis. Walaupun dia tak cakap senyum itu untuk aku, tapi aku rasa dah reward diri sendiri sebab tak pernah putus asa.
Thank you Yip Kah Shzen and 4 Einstein sebab bagi saya pengalaman dan pengajaran yang bermakna dalam hidup saya! Will miss you all so much.
Yang baik jadikan pengajaran, yang tak baik jadikan sempadan. Sekian. Lot of love.
Sumber: Amy Mistika via The Reporter
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BNw4z6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment