Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ini Cara Modus Operandi 'Scammer' Anda Patut Tahu Sebelum Jadi Mangsa Seterusnya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ini Cara Modus Operandi 'Scammer' Anda Patut Tahu Sebelum Jadi Mangsa Seterusnya

Ini Cara Modus Operandi 'Scammer' Anda Patut Tahu Sebelum Jadi Mangsa Seterusnya

Ramai pengguna telekomunikasi menerusi telefon bimbit menerima pelbagai panggilan 'spam' yang bertujuan menjual sesuatu produk mahupun perkhidmatan. (Gambar: techjuice.pk)

"Kita perlu sentiasa peka dengan teknik-teknik terkini yang digunakan oleh sindiket scam untuk memperdaya pengguna menjadi mangsa mereka. Jika dapat panggilan mencurigakan, hubungi sendiri institusi berkaitan untuk penjelasan."  

Demikian pesanan Pengerusi i Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), Mohamad Yusrizal Yusoff kepada orang ramai untuk mengelak daripada terjerat dengan sindiket penipuan scam. 

Beliau membuat pesanan itu susulan pendedahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 24 Oktober lalu bahawa kes penipuan seperti itu telah melibatkan kerugian sebanyak RM113.11 juta sejak tahun lalu. 

Malah, berdasarkan statistik itu, jumlah kes untuk 10 bulan pertama pada tahun ini meningkat berbanding tempoh keseluruhan pada tahun lalu.

Kes penipuan menerusi panggilan dan SMS sehingga Oktober 2017 berjumlah 3,069 kes, bertambah 112 peratus berbanding tahun lalu sebanyak 1,461 kes. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pada 16 November lalu pula mendedahkan penglibatan orang dalam membocorkan data peribadi kira-kira 56 juta pelanggan telefon mudah alih di negara ini. 

Berdasarkan siasatan, ada kakitangan syarikat tertentu membocorkan data itu kepada pihak lain ketika proses pemindahan data di syarikat berkenaan. 

Namun, Mohamad Fuzi mengesahkan syarikat yang dimaksudkan bukan syarikat telekomunikasi di negara ini. 

Statistik sindiket penipuan scam itu sekali gus menunjukkan nombor telefon kini antara data peribadi paling berharga dalam dunia digital menjadikan ia sangat berbahaya jika diperoleh sindiket penipuan scam.  

MODUS OPERANDI SINDIKET PENIPUAN 

Tujuan utama sindiket penipuan scam mahu mendapatkan nombor telefon orang ramai adalah untuk menghubungi mangsa bagi mendapatkan butiran peribadi perbankan. 

Taktik yang digunakan sindiket penipuan scam dengan meyakinkan mangsa kononnya mereka wakil bank atau badan penguatkuasa undang-undang tertentu. 

Mereka kemudian bertindak menakutkan mangsa untuk mempengaruhi agar memberi butiran perbankan kepada mereka. Antaranya mereka menipu kononnya mangsa terlibat dengan kes jenayah, saman mahkamah atau mempunyai jumlah tunggakan kad kredit. 

Mereka akan cuba mewujudkan situasi yang membuatkan mangsa panik sekali gus memudahkan mereka memperdayakan mangsa. 

Selepas memperoleh butiran yang diperlukan, sindiket tersebut akan mengeluarkan wang daripada akaun bank mangsa.

Sebilangan mangsa mendakwa mereka tertipu kerana sindiket penipuan scam yang menggunakan nombor telefon bank atau penguatkuasa yang betul. 

Sebenarnya, melalui kaedah 'Caller ID Spoofing', sindiket penipuan scam boleh meniru nombor telefon pihak lain termasuk bank.  Nombor tersebut kemudian akan tertera pada telefon mangsa yang dihubungi oleh mereka. 

'TIPS' ELAK JADI MANGSA PENIPUAN SCAM

Berikut adalah saranan CFM kepada orang ramai untuk mengelak daripada menjadi mangsa sindiket penipuan scam:

  1. Jangan jawab panggilan daripada nombor telefon dari luar negara yang tidak dikenali melainkan nombor tersebut adalah senarai kenalan.
  2. Jangan berikan sebarang maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, kata laluan perbankan atas talian, kod CVV pada kad bank ataupun nombor TAC kepada pihak tidak dikenali. Jika pihak tersebut meminta maklumat tentang kad debit/kredit dan perbankan atas talian, lebih baik tamatkan sahaja panggilan tersebut.
  3. Jika menerima panggilan daripada bank atau pihak penguatkuasa undang-undang mengenai sebarang masalah undang-undang, catat butiran daripada pihak yang menghubungi dan maklumkan kepada mereka yang anda tidak dapat bercakap pada waktu tersebut dan akan menghubungi mereka semula. Paling penting, bertenang dan jangan panik.
  4. Semak nombor telefon bank anda atau pihak penguatkuasa undang-undang di laman sesawang rasmi mereka seterusnya menghubungi mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Alternatif lain, anda boleh ke pejabat mereka untuk menyelesaikan urusan berkenaan.
  5. Jangan muat turun sebarang aplikasi jika anda diminta berbuat demikian kerana dikhuatiri mengandungi Malware atau Spyware yang mungkin dapat mendedahkan butiran peribadi anda.
  6. Hubungi penyedia perkhidmatan anda jika menerima panggilan yang tidak dikenali berulang kali.
  7. Gunakan aplikasi seperti 'Truecaller' bagi mengenal pasti panggilan dan menyekat panggilan spam.

'TIPS' MELINDUNGI DATA PERIBADI

Selain itu, pengguna perlu mengambil beberapa langkah proaktif bagi melindungi data peribadi agar tidak terdedah dan menjadi sasaran sindiket penipuan tanpa perlu menghentikan semua aktiviti dalam talian seperti berikut: 

1. Jangan beri nombor telefon peribadi

CFM menasihati pengguna agar membuat emel alternatif jika terdapat keperluan untuk mendaftar menggunakan alamat emel yang hanya mempunyai maklumat peribadi minimum untuk boleh dikenal pasti bagi mendapatkan hadiah percuma dan baucar promosi. 

2. Berhati-hati apabila mendaftar

Lazimnya, anda dikehendaki menyatakan butiran peribadi untuk menyertai sebarang pertandingan dan cabutan bertuah. Baca terma pertandingan dengan teliti sama ada penganjur pertandingan akan berkongsi data anda kepada pihak lain. 

3. Sentiasa berwaspada

Apabila mendaftar maklumat peribadi anda di mana-mana laman sesawang sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. Beri nombor telefon anda jika ia benar-benar diperlukan.

4. Baca polisi privasi

Sebelum memuat turun sebarang aplikasi pada telefon pintar anda, baca polisi privasi dan dapatkan maklumat yang tepat. Buat semakan di Google bagi mendapatkan ulasan tentang aplikasi tersebut yang akan membantu anda untuk mengenal pasti sebarang aplikasi yang mencurigakan.
 



Sumber Ini Cara Modus Operandi 'Scammer' Anda Patut Tahu Sebelum Jadi Mangsa Seterusnya

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AuBuRA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.