Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Ini Ketagih Pembedahan Plastik Demi Teman Lelaki - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Ini Ketagih Pembedahan Plastik Demi Teman Lelaki


SEORANG wanita berusia 22 tahun dari Hong Kong menjalani sebanyak 30 pembedahan plastik bagi menawan hati teman lelakinya.

Berry Ng mula melakukan semua itu sejak berusia 17 tahun kerana mahu kelihatan seperti supermodel barat.

Dia bagaimanapun sudah menyesali tindakannya itu.

Berry Ng mendakwa ketagihannya terhadap pembedahan plastik bermula apabila dia terlihat pusat kecantikan yang menawarkan pakej pelajar pada harga berpatutan iaitu sekitar HKD799 (RM415) untuk tiga suntikan.

Namun, selepas beberapa jam, pekerja pusat kecantikan tersebut memujuknya untuk membeli pakej yang lebih mahal iaitu sekitar HKD17,000 (RM8,847).


Berry Ng yang teruja dengan kesan yang dialaminya semakin berani untuk menjalani pembedahan plastik dengan lebih kerap.

Mimpi buruk Berry bermula apabila dia mula jatuh cinta dengan lelaki yang lebih tua sembilan tahun daripadanya ketika dia mula menginjak ke usia 20 tahun.

Pasangannya itu suka menghina wajahnya dan gemar membandingkan kecantikannya dengan wanita lain.

Sedih dengan keadaan itu, Berry Ng sanggup menjalani 30 pembedahan plastik dalam tempoh enam bulan.

Antara pembedahan kosmetik yang dilakukannya melibatkan pembedahan kelopak mata, hidung, suntikan di dahi agar nampak lebih bulat, suntikan bibir, pipi dan juga dagu.

"Jika dia (teman lelaki) katakan 'awak cantik' walaupun sekali, saya akan berhenti," katanya kepada China Press.

Sumber: Mstar Online


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kqAyHP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.