Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cadangan wujudkan MRSM berbayar sedang dikaji - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cadangan wujudkan MRSM berbayar sedang dikaji


KUALA LUMPUR - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sedang mengkaji cadangan penubuhan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar bagi menampung kemasukan pelajar cemerlang di seluruh negara.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerima banyak permohonan daripada ibu bapa berpendapatan tinggi untuk anak-anak mereka yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diterima belajar di MRSM.

"MARA sentiasa memastikan pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan pertengahan (M40) terutamanya di luar bandar, diberi keutamaan mendapatkan pendidikan menengah terbaik di MRSM.

"Jadi bagi pelajar cemerlang dalam kalangan ibu bapa berpendapatan tinggi yang mampu membiayai kos pendidikan anak-anak mereka boleh ditempatkan di MRSM berbayar tersebut, namun namanya mungkin agak berbeza daripada MRSM sedia ada," katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.

Ismail Sabri berkata cadangan penubuhan MRSM tersebut bagi memastikan semua pelajar cemerlang yang berkelayakan berpeluang menyambung sesi pembelajaran di sekolah berasrama penuh dan meneruskan kecemerlangan masing-masing. - Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2it9fZa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.