Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syarikat Anak Sarawak Sertai Forum Percegahan Kebakaran Antarabangsa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syarikat Anak Sarawak Sertai Forum Percegahan Kebakaran Antarabangsa


KUALA LUMPUR: 1st Fire Rescue Sdn Bhd merupakan satu-satunya syarikat dari Malaysia timur yang terpilih menyertai persidangan Forum Pencegahan Kebakaran Antarabangsa Malaysia-Jepun di sini hari ini.

Syarikat itu yang berpangkalan di Kuching milik sepenuhnya anak Sarawak mendapat kepercayaan untuk mewakili Malaysia pada persidangan tersebut, yang juga merupakan pengedar tunggal di negara ini untuk pemadam api jenis First Fire Rescue (FFR) .

FFR adalah produk pemadam api jenis automatik yang bertindak memadam api dengan sendirinya apabila terkena punca api.

Produk FFR boleh didapati dalam tiga 3 jenis dan segmen iaitu; untuk kegunaan rumah dan pejabat, untuk kegunaan dalam ruang enjin kenderaan, dan untuk kegunaan bangunan premis atau kilang.

Ianya merupakan satu-satunya produk pemadam api yang sangat berbeza dengan produk yang dipersembahkan semasa forum dan mendapat surat kebenaran dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Maklumat lanjut mengenai produk tersebut boleh didapati dengan melayari laman Facebook 1st Fire Rescue Sdn Bhd

Japan - Malaysia International Forum on Fire and Disaster Management 2017 buat kali keduanya menganjurkan persidangan di negara ini dengan kerjasama Malaysian Fire Protection Association (MFPA), Fire Disaster Management Agency Government of Japan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Persidangan tersebut bertujuan berkongsi pengalaman, teknologi terkini berkaitan kaedah mencegah serta mengendali kebakaran dan operasi menyelamat.

Sejumlah 9 syarikat Malaysia dan 14 Syarikat Jepun yang terlibat dalam bidang pencegahan kebakaran menyertai persidangan yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dato' Sri Wan Mohd Nor bin Haji Ibrahim.- Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2nwIbNX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.