Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mawar Rashid pertahan tindakan kahwin di majlis kahwinnya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mawar Rashid pertahan tindakan kahwin di majlis kahwinnya

PELAKON Mawar Rashid tidak melihat tindakannya menari pada majlis resepsi perkahwinannya sebagai perbuatan yang salah.

Bagaimanapun kata Mawar, dia sedar tidak semua pihak boleh menerima sesuatu perkara dilakukannya namun dia tetap dengan pendiriannya kerana niatnya hanya ingin meraikan hari bahagia bersama suami.

“Bukan semua yang kita lakukan orang dapat terima, itu perkara biasa. Saya percaya apa saya lakukan dan tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk menyokongnya.

“Tambahan pula tidak salah saya nak menari pada majlis perkahwinan saya dan suami, lagipun malam itu kami ingin meraikan hari bahagia dan mahu semua orang gembira.

“Takkan hendak bersedih pula. Betul atau salah, saya tetap dengan pendirian saya,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 22, berkata demikian sebagai mengulas kritikan netizen berhubung video memperlihatkan dia menari pada majlis resepsinya yang diadakan pada Jumaat lalu.

Video tersebut yang dimuat naik pelakon Uqasha Senrose mendapat perhatian netizen yang merasakan Mawar sebagai wanita tidak patut menari di hadapan khalayak ramai.

Dalam pada itu, Mawar berkata, memang menjadi impiannya untuk menari pada majlis perkahwinannya dan merasakan tarian dipersembahkan bukan keterlaluan.

“Dah lama saya bayangkan hendak menari di majlis persandingan sendiri dan setiap langkah tarian itu juga saya reka sendiri mengikut kesesuaian.

 

“Kalau sesiapa mengikuti perkembangan karier saya, mereka tahu memang saya gemar menari,” jelasnya.

Sementara itu, suaminya, Raf Yaakob berkata, perkara itu tidak sepatutnya diperbesarkan kerana tarian yang dilakukan itu tidak melampaui batas.

“Tarian tersebut tidak ada gerakan berbaur seksual pun dan hanya tarian biasa sahaja dan tidak sepatutnya menjadi isu pun.

“Tapi segala komen negatif netizen tidak memberi kesan kepada kehidupan kami,” katanya.

Pemilik nama sebenar Raden Ahmad Faizal Yaakob, 32, dan Mawar berkahwin pada 9 November lalu selepas empat bulan mengikat tali pertunangan.

Sumber: Mstar



Sumber Mawar Rashid pertahan tindakan kahwin di majlis kahwinnya

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jkAKF3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.