Bayi Baru Lahir Bertarung Nyawa Akibat Diratah Anjing Liar Selepas Dibuang Oleh Ibu..
TACNA (Peru): Seorang bayi malang yang dipercayai dibuang beberapa jam selepas dilahirkan kini bertarung nyawa akibat diserang dan digigit sekumpulan anjing liar, lapor Daily Mail.
Media tempatan melaporkan, bayi itu dikatakan baru sahaja dilahirkan enam ke lapan jam sebelum insiden ngeri itu terjadi.
Bayi yang masih bertali pusat itu mengalami kecederaan parah di bahagian muka, kepala serta tangan, dan seluruh tubuh kecilnya berlumuran darah.
Pengarah Kesihatan Daerah Tacna, Claudio Ramirez berkata, bayi yang diselamatkan oleh pekerja ambulan itu kini menjalani rawatan di Unit Penjagaan Rapi Neonatal Hospital Hipolito Unanue sejak semalam.
"Doakanlah bayi ini selamat, 24 jam yang berikutnya amat penting baginya," ujar beliau.
Pihak polis kini sedang menyiasat siapa ibu bapa bayi tersebut namun sehingga kini tiada sebarang tangkapan dibuat.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2jcE8Bw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment