Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Fitnah Pembangkang
Rakyat di negara ini dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan berita palsu yang sengaja diada-adakan parti pembangkang khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong berkata ini kerana tindakan itu adalah taktik yang seringkali digunakan oleh pihak sama bagi menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Pada pilihan raya umum lepas, dakwaan kononnya BN membawa masuk 40,000 pengundi Bangladesh terbukti tidak benar kerana tidak ada satu pun laporan polis dibuat oleh pembangkang mengenai perkara itu.
“Saya berharap rakyat terutamanya pengundi tidak mudah percaya dengan taktik kotor sebegitu kerana jika mereka (pembangkang) benar-benar ikhlas membela dan memperjuangkan nasib rakyat, seharusnya tindakan memfitnah ini tidak berlaku,” katanya selepas merasmikan Projek Perintis Kenaf Untuk Rakyat (1KUR) semalam.
Beliau berkata sedemikian sebagai mengulas mengenai dakwaan pembangkang kononnya kerajaan BN mengimport kira-kira 15 juta sarung jari plastik dari China untuk kegunaan pengundi pada PRU14 nanti.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi akaun Twitter beliau semalam turut menempelak pembangkang yang semakin agresif menabur fitnah lantas beliau sendiri mencipta hashtag #TsunamiPHitnah, sebagai merujuk kepada tindakan pembangkang itu.
Dalam pada itu, Mah yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan pada PRU14 ini meminta pihak tertentu supaya tidak melakukan sebarang kekecohan dan kekacauan sempena perarakan sambutan Chitra Pournami di Teluk Intan pada Ahad ini.
“Saya telah berbincang dan meminta pihak berkuasa untuk mengawal keadaan kerana tidak pernah terjadi insiden tidak diingini di sini sepanjang sambutan itu diadakan pada setiap tahun,” katanya.
Pada majlis itu, seramai 28 peserta perintis 1KUR Perdana akan dibekalkan dengan kemudahan pemprosesan kenaf secara bio melibatkan tangki, karung plastik rendaman dan bio enzim oleh Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HUwOsn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment