Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ribuan Bantah Pembebasan 5 ‘Perogol’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ribuan Bantah Pembebasan 5 ‘Perogol’


MADRID – Beribu-ribu rakyat Sepanyol membanjiri jalan di Pamplona membantah pembebasan lima lelaki yang dituduh merogol seorang remaja 18 tahun beramai-ramai ketika pesta lumba lembu.

Penunjuk perasaan memenuhi jalan di seluruh negara sejak mahkamah menetapkan keputusan Khamis lalu, memaksa kerajaan mempertimbang meminda undang-undang rogol.

Semua lelaki terbabit bebas daripada tuduhan serangan seksual termasuk merogol dan hanya dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun untuk kesalahan lebih ringan.

Menurut polis, di Pamplona antara 32,000 dan 35,000 orang mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan semalam, berarak dengan melaungkan slogan “bukan penderaan seksual tetapi rogol”.

Jurucakap polis berkata, tunjuk perasaan itu diadakan tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku dan ia memasuki hari ketiga.

Semua lelaki terbabit berusia antara 27 hingga 29 tahun dituduh merogol seorang remaja perempuan di pintu masuk bangunan pangsapuri di Pamplona pada 7 Julai 2016, pada permulaan sambutan perayaan San Fermin yang berlangsung selama seminggu.

Semua tertuduh yang berasal dari selatan Seville, merakam perlakuan mereka dengan telefon pintar dan menyebarkannya menerusi aplikasi WhatsApp. – AFP/BH ONLINE


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2r8p7o2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.