Hi! Welcome Back and Stay Tune! Didakwa pandai cakap je, Caprice dicabar peminat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Didakwa pandai cakap je, Caprice dicabar peminat

VIDEO yang dimuat naik penyanyi rap, Caprice di Instagram miliknya baru-baru ini mendapat perhatian luar biasa daripada pelbagai pihak.

Ia berikutan pemilik nama sebenar Ariz Ramli, 31, ini buat pertama kali bercakap menggunakan bahasa melayu sepenuhnya untuk log video di platform tersebut.

Caprice yang juga merupakan penceramah motivasi  berkata apa yang dilakukannya itu adalah bagimenyahut cabaran daripada peminat.

“Perkara ini bermula apabila saya menegur sesetengah peminat yang sering merungut tentang ketiadaan kerja walaupun mereka mempunyai pendidikan taraf tinggi. Saya mencabar mereka untuk mencipta peluang sendiri daripada terus menunggu tawaran pekerjaan.

“Mungkin sebab itu mereka pula mencabar saya untuk keluar dari zon selesa saya dengan bercakap sepenuhnya dalam bahasa Melayu,” katanya.

Menurut pengasas aplikasi Mengaji.Com ini lagi, walaupun lebih selesa berkomunikasi menggunakan bahasa inggeris, cabaran yang diterima itu bukan satu kesukaran kerana dia sememangnya boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

“Saya faham dengan situasi mereka yang masih tidak bekerja. Selain terus menunggu tawaran pekerjaan, saya cadangkan mereka untuk meneroka pelbagai peluang yang telah disediakan oleh kerajaan atau pihak-pihak tertentu.

“Contoh terbaik yang saya nampak ialah melalui program ‘YouCanDuit’ di bawah Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Mereka membuka peluang untuksesiapa sahaja mencipta sumber pendapatan sendiri,” katanya.

Selain menerima banyak komen dan like daripada netizen di laman sosial Instagram, ia juga telah diparodikan oleh beberapa selebriti tempatan di laman sosial masing-masing.

Antaranya Syuk SYJ, Azrul Cham, Bell Ngasri termasukZulin Aziz.

The post Didakwa pandai cakap je, Caprice dicabar peminat appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2jdUGJi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.