Chong Sudah 'Cuak' Dengan Dr Sim
Calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) Stampin Chong Chieng Jen sudah mula merasa 'cuak' dengan Datuk Dr Sim Kui Hian selepas mendakwa calon BN tersebut memberikan wang kepada penyokong semasa hari penamaan calon.
Baharu sahaja hari penamaan calon, Chong sudah mula gentar dengan kemampuan Dr Sim selepas bilangan penyokong BN lebih ramai hadir berbanding DAP.
Dr Sim yang kesal dengan sikap Chong itu berkata, Chong menggunakan taktik kotor untuk meraih undi simpati dengan dakwaan terdapat politik wang terlibat.
"Tiada politik wang terlibat dan ini adalah taktik yang mereka sering gunakan bahawa berlakunya rasuah dan menggunakan wang.
"Saya telah mengarahkan orang saya membuat laporan polis nanti tentang dakwaan mereka bahawa setiap penyokong yang hadir di sini hari ini dibayar RM100," katanya.
Parlimen Stampin bakal menyaksikan pertembungan 'epik' antara Dr Sim yang merupakan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Chong sebagai Pengerusi DAP Sarawak.
Menurut Dr Sim lagi, pembangkang turut menuduh BN atau SUPP membawa berlori wang untuk diagihkan kepada pengundi.
"Namun saya menjelaskan tiada wang terlibat dan saya juga pastinya mahukan pilihan raya yang adil dan telus.
"Saya mahu rekod BN di Batu Kawah dan Batu Kitang dikekalkan dan saya juga memohon pengundi melihat saya atas karakter sejak dua tahun lepas (sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri)," ujarnya.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Parlimen Stampin dimenangi DAP menerusi Julian Tan selepas mengalahkan Datuk Yong Khoon Seng.-Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2r8p3Vn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment