Jangan Terperdaya Lakonan ‘Rajin Turun Padang’ Pembangkang
Pengundi kawasan Parlimen Lembah Pantai dinasihatkan tidak terperdaya dengan lakonan ‘rajin turun padang’ pembangkang untuk meraih undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ketika ditemui pemberita selepas program Santai Bersama Persara Kawasan Parlimen Lembah Pantai semalam, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata sikap pembangkang yang tidak konsisten terbukti sepanjang dua penggal PKR menyandang kerusi parlimen itu.
“… mereka tidak konsisten mendekati rakyat. Bila PRU dah dekat baru nampak rajin.
“Isu-isu rakyat di sini, dia (Nurul Izzah Anwar) pinggirkan kerana sibuk dengan isu nasional. Kini, dia ‘lari’ ke tempat lain pula.
“Berbeza dengan dengan BN, walaupun saya kalah pada PRU13 lalu, sepanjang lima tahun kami terus konsisten membantu rakyat di sini. Lembah Pantai macam sudah ada dua wakil rakyat,” katanya.
Raja Nong Chik yang tewas kepada Nurul Izzah dengan perbezaan 1,847 undi pada PRU lalu akan berdepan dua muka baharu iaitu Ahmad Fahmi Muhammad Fadzil daripada PKR dan calon PAS Fauzi Abu Bakar.
Mengulas pertandingan tiga penjuru itu, Raja Nong Chik berkata beliau percaya ia mampu memberi kelebihan kepada BN.
Bagaimanapun katanya beliau tidak mahu merasa selesa sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada usaha memastikan BN kembali merampas kerusi itu.
Sementara itu, lebih 600 pesara dan anggota Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia (KUPKKM) hadir pada program berkenaan yang turut disertai Presidennya, Tan Sri Aseh Che Mat.
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HDFPT2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment