Insentif buktikan kerajaan prihatin nasib pesawah
PEKAN, 28 April (Bernama) -- Kesukaran untuk memperoleh pendapatan, sementara menunggu hasil tuaian yang dialami pesawah di daerah Pekan, Rompin, Kuantan, Maran, dan Jerantut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bagi pesawah berkenaan pemberian itu disambut dengan penuh kesyukuran terutama dalam keadaan kenaikan kos sara hidup pada masa ini.
Seorang pesawah dari Pahang Tua, Pekan, Kasim Idris, 65, berkata, walaupun bantuan itu dilihat kecil oleh sesetengah pihak, namun bagi pesawah ia sudah cukup untuk melambangkan keprihatinan kerajaan kepada mereka.
"Wang yang diterima ini sedikit sebanyak dapat digunakan untuk menampung perbelanjaan keluarga dan pendapatan padi nanti boleh dijadikan persediaan memulakan projek tanaman padi pada musim akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Bantuan Khas Pesawah Padi peringkat negeri Pahang di padang Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya di sini hari ini yang disempurnakan oleh Najib yang juga penyandang kerusi Parlimen Pekan.
Pada majlis itu, pesawah dari lima kampung di Pekan, Rompin, Kuantan, Maran dan Jerantut menerima Bantuan Khas Pesawah Padi berjumlah sebanyak RM200 sebulan bagi tempoh tiga bulan dengan kos keseluruhan berjumlah RM1.4 juta.
Sementara itu pesawah dari Kampung Serun, Pekan, Abdullah Ahmad, 58, berkata sebahagian tanaman padi seluas kira-kira empat hektar yang diusahakan musnah pada kejadian banjir tahun lepas telah menyebabkan dia kerugian lebih RM3,000.
"Bantuan wang bantuan bencana sebanyak RM1,300 yang turut disumbangkang oleh perdana menteri ini menunjukkan kerajaan peka dengan keluh kesah kami rakyat di luar bandar yang bergantung hidup dengan bercucuk tanam ini.
Ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban akibat kerugian yang ditanggung apatah lagi tiga daripada sembilan orang anak saya masih bersekolah dan memerlukan simpanan pendidikan yang mencukupi," katanya.
Pesawah dari Kampung Serandu, Mohd Jamal Isa, 47, turut terharu dengan usaha yang dilakukan kerajaan.
"Hanya mereka yang bergantung pendapatan pada hasil sawah yang memahami betapa peritnya hidup apabila hasil tanaman mereka musnah akibat bencana."
Itu tidak kira serangan haiwan perosak seperti tikus dan siput gondang emas yang berlaku setiap musim telah merosakkan harapan petani untuk memperoleh pendapatan yang lebih selesa," katanya. -- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2r8osD4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment