DI SISI NAJIB, HASAN MALEK NAMPAKNYA 'LEBIH MULIA' BERBANDING ISA SAMAD...
TURUN HARGA AYAM 20 SEN-KEH..KEH..KEH
Jika pagi tadi ramai yang terkejut dengan tidak tersenarainya nama Ketua Pengarah JASA, Ahli MT UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Puad Zarkashi sebagai calon bagi pilihanraya 9 Mei ini, satu lagi "kejutan kecil" berlaku di Negeri Sembilan petang ini apabila Isa Samad turut diketepikan sama.
Isa adalah Ahli Parlimen Jempol sebelum Parlimen dibubarkan 7 April lalu dan kini merupakan Pengerusi SPAD.
Sebelumnya beliau adalah Pengerusi Felda, bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun.
Dalam senarai calon BN yang diumumkan oleh Pengerusi BN Negeri Sembilan, Mohamad Hassan petang tadi, nama Isa tidak terdapat dapat senarai itu, meskipun sebelum ini beliau ada menyatakan, sebagai Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang (nama baru kini dikenali Port Dickson) nama bekas Menteri Besar itu turut dihantarnya kepada Najib Razak untuk dipertimbangkan sebagai calon.
Yang membuatkan ramai terkejut ialah kerana di sebalik nama Isa digugurkan sebagai calon, seorang lagi bekas menteri, Hasan Malek tetap dicalonkan semula untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Pilah.
Hasan yang ketika menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pernah diselubungi dengan "isu ayam" sehingga menimbulkan kecaman ramai terhadapnya, kemudian digugurkan sebagai menteri pada 2015 dan kini merupakan duta ke Kemboja.
Jika Isa tidak terpilih mungkin kerana namanya masih tersangkut dalam penyiasatan SPRM yang belum selesai berhubung pembelian hotel Felda, apakah "isu ayam" yang melibatkan Hasan Malek sehingga digugurkan sebagai menteri dahulu, bukan merupakan suatu kekurangan dan beliau sepatutnya digugurkan sama sebagai calon?
Dalam hal ini, apa istimewanya Hasan Malek yang sudah digugurkan sebagai menteri dan dianggap pemimpin yang berprestasi rendah, tetapi tetap dicalonkan semula untuk bertanding di Kuala Pilah?
Apakah UMNO Kuala Pilah sudah ketandusan calon-calon muda dan berwibawa?
Apakah ini menandakan Hasan Malek "lebih mulia" dan "istimewa" di sisi Najib berbanding Isa?
Dengan tercalonnya semula Hasan Malek itu, bermakna dua bekas menteri yang pernah digugurkan Najib sebelum ini, telah dipilih semula sebagai calon pada pilihanraya 9 Mei ini apabila semalam Zulhasnan Rafique turut diumumkan sebagai calon bagi Parlimen Setiawangsa menggantikan Ahmad Fauzi Zahari.
Zulhasnan juga adalah Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.
Berkait dengan Isa, sebelum ini desas-desus menyatakan, kalau pun beliau tidak terpilih lagi sebagai calon, anaknya, Najib Isa yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Teluk Kemang (Port Dickson) serta Exco Pemuda UMNO Malaysia, berkemungkinan akan dipilih untuk bertanding di mana-mana kerusi DUN dalam kawasan tersebut.
Dalam kawasan Port Dickson, terdapat dua kerusi untuk UMNO iaitu Bagan Pinang dan Linggi.
Malangnya, dalam pengumuman oleh Mohamad Hassan petang tadi, kedua-dua anak beranak itu terus tidak tersenarai.
Apakah dengan gugur Isa dan tidak tersenarai nama anaknya, ini merupakan suatu pengakhiran karier bagi kedua-dua anak beranak itu dalam politik UMNO Port Dickson?
Adakah ini juga menandakan kedudukan Isa sebagai Pengerusi SPAD turut tidak selamat lagi selepas ini? (ShahbudinHusin 23/04/2018)
✍ Sumber Pautan : ☕ WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2jcQYQc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment