Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis beri kebenaran kepada juruaudit 1MDB rujuk dokumen asal - Arul Kanda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis beri kebenaran kepada juruaudit 1MDB rujuk dokumen asal - Arul Kanda


SHAH ALAM, 28 April (Bernama) -- Firma audit Parker Randall, yang dilantik sebagai juruaudit baharu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kini boleh merujuk kepada dokumen asal yang dirampas polis sebelum ini untuk menyiapkan laporan kewangan syarikat pelaburan strategik negara itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, berkata polis telah memberi kebenaran kepada firma audit itu bulan lepas untuk mengakses beberapa dokumen asal termasuk lejar dan baucar pembayaran.

"Dengan ketiadaan dokumen asal, juruaudit 1MDB tidak dapat menyelesaikan audit syarikat," katanya ketika ditemui pemberita selepas memberikan ceramah isu-isu semasa mengenai 1MDB di sini, malam ini.

Beliau berkata polis telah mengambil pelbagai dokumen asal daripada pejabat 1MDB bagi tujuan siasatan pada Julai 2015.

Justeru, 1MDB tidak dapat membentangkan laporan tahunannya untuk tahun 2015, 2016, 2017, berdasarkan alasan bahawa dokumen-dokumen penting masih dalam simpanan pihak polis.

Syarikat audit antarabangsa itu merupakan juruaudit keempat yang dilantik 1MDB, selepas Ernst & Young, KPMG dan Deloitte, sejak ditubuhkan pada 2009.. -- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HALXzy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.