Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pesawat Mahathir didakwa tidak dapat permit mendarat pula - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pesawat Mahathir didakwa tidak dapat permit mendarat pula


BUTTERWORTH 28 April - Meskipun Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah mengesahkan tiada sebarang unsur sabotaj terhadap pesawat calon PKR Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad, semalam, namun anak perempuannya, Marina terus membuat dakwaan kononnya perkara sebaliknya berlaku.

Menurut Marina yang juga aktivis politik, masalah yang berlaku kononnya pesawat berkenaan tidak mendapat permit untuk mendarat di Langkawi.

Katanya, kebenaran itu bagaimanapun hanya diperoleh pada saat-saat akhir sahaja.

"Mereka (merujuk kepada Barisan Nasional) sebenarnya cuba nak menghalang kita sebab mereka takut akan kebenaran," dakwanya dalam ceramah Mega DAP di padang Dewan Datuk Haji Ahmad Badawi, di sini malam ini.

Dalam kejadian itu, pesawat yang sepatutnya dinaiki Mahathir bagaimanapun dilaporkan rosak secara tiba-tiba sebelum pemimpin itu berlepas ke Langkawi pagi tadi untuk proses penamaan calon.

Berdasarkan siasatan, Pengerusi CAAM, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, memberitahu, pesawat tersebut sebenarnya gagal terbang disebabkan masalah teknikal kecil dan kesalahan rutin iaitu kebocoran udara dari bahagian kiri tayar depan pesawat tersebut. - UTUSAN ONLINE


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2r3ejr8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.