Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wan Junaidi Boleh Beri Keputusan A+ Kepada Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wan Junaidi Boleh Beri Keputusan A+ Kepada Najib


Selepas cemerlang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilihat tidak berdepan masalah besar untuk mengulangi prestasi menakjubkan atau mencatat keputusan 'A+' pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

PRU13 menyaksikan Wan Junaidi menang bergaya dengan majoriti 20,936 undi mengalahkan Affendi Jeman (Bebas), Zulrusdi Mohammad Hol dan Mura Kadir (STAR).

Kali ini pada PRU14, Wan Junaidi berdepan dengan calon Parti Amanah Negara (PAN) Mohammad Fidzuan Zaidi.

Malah Wan Junaidi turut yakin mampu melakar kemenangan disebabkan jentera pilihan raya BN khususnya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sentiasa bergerak dan bersedia sejak Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) pada tahun 2016.

"Ini (PAN) adalah parti dari Semenanjung Malaysia dan pertarungan satu lawan satu, jadi pada masa sama tiada masalah (untuk pertahankan kerusi ini).

"Saya tidak bimbang kerana PBB sentiasa bersedia. Saya ada tiga kawasan DUN merangkumi Tanjong Datu, Pantai Damai dan Demak Laut yang baharu selesai PRN, maknanya jentera kita masih segar dan bergerak hingga sekarang," katanya.

Wan Junaidi menegaskan, sehingga hari ini tiada satu pun parti pembangkang yang pernah berkhidmat selama lima tahun sebaliknya hilang selepas pilihan raya.

Sementara itu, Presiden PBB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, PBB berikrar memberikan keputusan A+ kepada BN pada PRU14.

“Saya boleh memberi jaminan kepada Perdana Menteri bahawa kita selamanya dalam Malaysia dan menyokong anda.

“Kita hanya mahukan hak yang telah terhakis untuk dikembalikan kepada Sarawak mengikut Perjanjian Malaysia 1963,” jelas Abang Johari.-Sarawakiana



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HAMzVS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.