Hi! Welcome Back and Stay Tune! Upah Pembunuh Kontrak Untuk Bunuh Bapa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Upah Pembunuh Kontrak Untuk Bunuh Bapa


Polis menahan lelaki yang didakwa mengupah dua pembunuh kontrak untuk membunuh bapanya sendiri semata-mata mahu mendapatkan pekerjaan mangsa di bengkel kereta api Jamalpur di Bihar, New Delhi atas dasar simpati.

Dua pembunuh kontrak yang menembak Om Prakash Mandal pada 24 April lalu turut ditahan polis, lapor Hindustan Times

Pesuruhjaya Polis Munger, Ashish Bharti berkata: “Anak lelaki Mandal, Pawan Kumar merancang pembunuhan itu supaya dia dapat menggantikan pekerjaan bapanya di bengkel kereta api atas dasar belas kasihan.

“Oleh itu dia mengupah dua pembunuh kontrak sebanyak Rs200,000 (RM12,000) dan membayar mereka wang pendahuluan Rs25,000 (RM1,500),” katanya.

Menurut laporan, Mandal hanya ditembak di tangan kirinya.

Mandal kemudian membuat laporan terhadap orang yang menyerangnya sehingga membawa kepada penangkapan kedua-dua suspek selepas polis mengenal pasti mereka menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Perbuatan anaknya itu terbongkar apabila kedua-dua suspek memberitahu polis bahawa Pawan mengupah mereka untuk membunuh bapanya yang akan bersara daripada perkhidmatannya pada 30 April ini.

Ketika disoal siasat, Pawan memberikan alasan merancang pembunuhan itu kerana dia hanya akan memperoleh pekerjaan di bengkel kereta api terbabit atas dasar simpati sekiranya bapanya meninggal dunia.

Mengikut pekeliling dikeluarkan jabatan kakitangan dan latihan kerajaan India, anak sulung kakitangan kerajaan yang mati akibat semula jadi atau kemalangan layak dipertimbangkan untuk pekerjaan sesuai dengan kelayakan mereka. - Agensi


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HANR34

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.