Pengundi Miri Bijak, Tahu Calon Mana Patut Dipilih - Sebastian
Foto Utusan Borneo |
Sepenggal di bawah Parti Keadilan Rakyat (PKR), pengundi Miri sudah pasti tahu menilai sama ada wakil pembangkang di kawasan mereka betul-betul bekerja atau sebaliknya.
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Miri Datuk Sebastian Ting yakin pengundi di Miri bijak dan mengetahui calon mana yang patut dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei nanti.
"Saya sudah melakukan yang terbaik dan rakyat juga telah melihat situasi di Miri sejak lima tahun lepas dan saya yakin mereka cukup matang untuk menilainya.
"Kini terpulang kepada rakyat sama ada mahu mengundi siapa dan mahu membangun dengan siapa.
"Kita sudah lihat apa yang berlaku lima tahun lalu, kini sudah tiba masa untuk mereka memilih semula," katanya.
Parlimen Miri bakal menyaksikan pertembungan antara Sebastian dan penyandang kerusi Dr Michael Teo.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Dr Teo hanya mengalahkan Sebastian dengan majoriti 1,992 undi.-Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HDpPEH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment