Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Roda' Dalam Hidung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Roda' Dalam Hidung


KUALA LUMPUR: “Seluruh tubuh saya menggigil manakala kaki pula berasa macam tak pijak lantai lagi, bila nampak ada objek tersekat dalam rongga hidung anak.

“Saya cuba tarik objek itu keluar dan suluh menggunakan lampu telefon bimbit. Malangnya cubaan itu gagal, malah saya semakin panik berikutan objek berkenaan didapati bergerak semakin jauh ke dalam rongga hidung anak,” kata Zurina Bugiran, 24.

Wanita itu berkata demikian ketika menceritakan detik cemas apabila objek asing berkenaan iaitu tayar helikopter permainan tersekat di dalam rongga hidung anaknya di rumah mereka di Seremban, Negeri Sembilan, jam 3 petang, Selasa lalu.

Ibu dua anak itu berkata, pada hari berkenaan anak bongsunya, Aariz Syakir Ahmad Saiful yang berusia dua tahun tiga bulan menghampirinya lalu memberitahu ada objek asing tersekat di dalam hidung selepas bermain helikopter permainan.

“Aariz Syakir dirujuk kepada pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban dan pemeriksaan mendapati objek berkenaan masuk jauh ke bahagian paling dalam rongga hidung sampaikan pemeriksaan imbasan x-ray pun tak nampak apa-apa.

“Doktor memasukkan kamera kecil untuk mengesan kedudukan objek asing berkenaan sebelum menentukan cara sesuai untuk mengeluarkannya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, Aariz Syakir diberikan ubat bius sepenuhnya bagi memudahkan prosedur mengeluarkan objek asing berkenaan menggunakan peralatan khas yang mengambil masa lebih sejam tanpa perlu dibedah.

Katanya, dia berasa sangat lega apabila doktor mengeluarkan tayar helikopter permainan berkenaan dari rongga hidung Aariz Syakir.

“Saiz objek itu sama dengan butang baju. Doktor turut memasukkan satu alat lain untuk menahan objek berkenaan daripada terus bergerak ke saluran pernafasan utama.

“Memang nampak macam remeh, tapi tidak sangka rupanya jika objek itu terjatuh ke bahagian saluran pernafasan ia boleh pergi ke paru-paru dan membahayakan nyawa anak.

“Sebagai ibu, kita pun tak mahu benda buruk berlaku sampai anak sakit macam ini. Tetapi dalam usia anak yang masih kecil mereka memang suka meneroka benda sekeliling. Kejadian seperti ini diluar jangkaan dan kita mungkin boleh terlepas pandang,” katanya.

Dia menjadikan kejadian itu sebagai satu pengajaran dan menasihatkan ibu bapa atau penjaga mengelakkan daripada membeli alatan permainan yang mempunyai bahagian kecil serta halus.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2r8oQBw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.