Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kemampuan PKR Laksanakan Manifesto Dipersoalkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kemampuan PKR Laksanakan Manifesto Dipersoalkan


KUALA LUMPUR - Jelas, nyata dan terang bahawa 10 perkara yang digariskan di bawah manifesto gabungan pembangkang PKR hanyalah kisah dongeng yang tidak mampu dilaksanakan kerana gabungan tersebut terbukti gagal menguruskan calon-calonnya sendiri.

Perkara itu disaksikan di beberapa pusat penamaan calon semalam apabila terdapat calon-calon PKR tidak membuat persiapan awal dan melakukan kesilapan teknikal yang agak ‘memalukan’ diri sendiri serta parti.

Bertitik tolak daripada kelemahan tersebut, adalah lebih elok juga gabungan pembangkang PKR menghapuskan terus hasrat ingin ‘meliberalkan’ negara menerusi Malaysian Malaysia, kerana ia juga bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Penganalisis politik di Kolej Poly-Tech Majlis Amanah Rakyat (Mara), Dr. Sharifah Syahirah Syed Sheikh berkata, manusia memang tidak lari daripada melakukan kesilapan tetapi kesalahan calon-calon gabungan pembangkang PKR itu hanya menampakkan ‘kebodohan’ diri dan parti.

“Mungkin pertama kali mereka menjadi calon tetapi sepatutnya masing-masing membuat persediaan awal kerana mereka bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU), iaitu satu proses demokrasi yang penting di negara ini.

“Berdasarkan kesilapan-kesilapan teknikal yang agak ‘bodoh’ ini, jelas gabungan pembangkang PKR kekurangan calon yang berkaliber berbanding Barisan Nasional (BN) dan Pas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, proses penamaan calon sedikit ‘kecoh’ terutamanya calon gabungan pembangkang PKR apabila terdapat beberapa calon gabungan tersebut ditolak pencalonan disebabkan kesilapan sendiri termasuk kegagalan mempamerkan pas calon dan diisytiharkan muflis. - UTUSAN ONLINE


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2r7AOve

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.